Search
Search
Review Filem | Hotel Transylvania – 2022

Review Filem | Hotel Transylvania – 2022

Hotel Transylvania 4 Transformania 2022

Bagi yang belum menonton part 1,2,3 aku suggest untuk tengok yang tu dulu sebab semua movie Transylvania ni memang kutipan Box Office. Secara ringkasnya cerita ni mengenai dracula dan anak perempuannya serta staff2 monster di hotel milik dracula iaitu hotel Transylvania. Anak dia jatuh cinta pada manusia dan telah berkahwin. Dah ada anak dah pun.

Fast forward untuk part 4 ni cerita tentang hotel ni sambut anniversary dan dracula dah nak pencen. Tapi bila menantu dia si manusia bernama Johnny datang dengan tak sengaja menganggu majlis tu. Dracula memang kurang gemar dengan Johnny sebab dia manusia dan bukan monster so macam tak dapat nak fit in. Masalahnya Drac nak retire dan serahkan hotel tu pada anak dan menantu dia tapi dia masih tak percaya pada menantu dia untuk handle hotel tu.

Johhny yang agak down bila rasa diri dia tak dapat fit in mengambil keputusan untuk bertukar menjadi monster. Permintaannya menjadi kenyataan oleh Van Helsing menggunakan senjata monsterification. Dengan tak sengaja senjata tu terkena pada Drac sekali dan Drac bertukar menjadi manusia manakala Jimmy menjadi monster. Kemudian senjata tu dah tak dapat digunakan lagi kerana kehabisan kuasa. Drac dan Jimmy terpaksa pergi ke South America untuk mencari kristal yang dapat memberi kuasa kepada senjata monsterification. Bermulalah pengembaraan mereka…

Personally, my fav Hotel Trans adalah yang pertama sebab banyak character monster2 comel. Untuk yang ke 4 ni bagi aku masih okay dan berbaloi untuk ditonton seisi keluarga cuma ceritanya lebih banyak berkisar tentang hubungan Drac dan menantunya.

Rating 7.5/10

*Belum ada kat Netflix

Penulis: Ummu Muaz
Sumber: 
Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang