Search
Search
Akira – 2016

Akira – 2016

Hari rabu hari tu aku terlayan kisah bollywood kat TV2.

AKIRA tajuk dia. Macam nama Jepun je kan? Tapi ni india mari.

Aku pun layan sajalah sebab aku tak rasa ni kisah percintaan bergolek-golek atas rumput, sembunyi celah pokok dan tukar 179 helai baju semasa menyanyi.

Cerita ni mulanya aku rasa kisah thriller sebab nampak permulaan cerita si Akira ni masa kecik waktu balik sekolah nampak sorang perempuan ni bergaduh ngan mat rempit india.

Lepas tu perempuan tu kena simbah asid. Jadi kes polis dan Akira ni jadi saksi kawat cam sebab saksi lain semua tak mau.

Bila dia dah cam, mat rempit tu kena jail dan kawan-kawan mat rempit ni tak puas hati la kawan diorang kena.

Akira ni kena la libas dengan besi kat tepi mata. Lekat la parut kat situ.

Sejak dari hari tu, bapak Akira ni hantar la dia p kelas seni bela diri. Belajar taekwando ke apa aku tak pasti. Tapi dia punya level tu tahap Bruce Lee.

Dia pun lepas tu pergi semula kat geng mat rempit tadi dan belasah semua mat rempit yang ada. Dia nak jadi pejuang wanita teraniaya dan tidak terbela.

Mat rempit tu ambil asid nak siram Akira, Akira ambil botol dan siram balik.

Akhirnya Akira dimasukkan ke Juvana sebab serang mat rempit.

Kat sini perempuan kena siram dan mat rempit tak ada kena mengena pun dengan Akira.

Selepas Akira keluar Juvana, bapak Akira meninggal dunia sebab apa pun tak tau, Akira dan ibunya terpaksa berpindah dan tinggal dengan abang Akira.

Akira tak mau tinggal kat sana. Dia nak tinggal kat hostel kat university Holy Cross tu.

Malangnya bilik hostel tu dah penuh. Yang tinggal satu bilik yang dah lama ditinggalkan sebab bilik tu berlaku kes bunuh diri.

Akira setuju dan sanggup tinggal. Masa masuk bilik tu penuh dengan kata-kata kecewa didinding dan gambar.

Aku pun lepas tengok, “Fuh, ni cerita hantu ni. Kompem kena kacau hantu.”

Sekali lagi aku tertipu. Bilik hostel bunuh diri tu tak ada kena mengena dengan cerita ni. Jilake. Dia tak kena kacau apa pun. Elok je duduk.

Lepas tu dia kena buli ngan geng hostel yang langsi. Aku rasa masa tu ni cerita kes Akira kena buli sebab student baru masuk.

Tapi lepas tu tak juga lepas dia pulak belasah geng-geng nakal ni bila dia nak kena pukul tanpa sebab.

Budak-budak tu tak ada kena mengena ngan kisah sebenar Akira ni.

Tetiba masuk plot bahagian sekawan polis bawa kereta polis dalam keadaan mabuk.

Esok tu polis tadi juga bawak kereta juga hampir langgar professor university. Polis tu lempang berdengung professor tu.

Budak university bengang sebab tak ada tindakan dari balai polis. Rusuhan berlaku.

Masa polis leraikan siap gas pemedih mata. Akira duduk bersila tak gerak atas jalan sampai la ketua polis sampai dan dia serahkan laporan kat ketua.

Lepas tu tak ada apa tindakan pun. Cis.. Aku ingat dia nak kena bunuh dengan polis yang jahat tu. Tak juga. Polis jahat buat bodo saja.

Sedang geng polis 4 orang ni lepak tepi jalan, tetiba ada kereta honda bawak camgampang sebelum terbabas.

Polis 4 orang ni pun p la kat kereta dan tengok yang bawak kereta tu dan diorang rasa dah mati.

Elok nak blah dan tak mau jadi saksi sebab bukan kawasan diorang jaga, diorang buka bonet ada duit ratus juta dalam beg.

Diorang berpakat nak pakai duit tu. Bila nak bawa duit tu je lelaki dalam kereta sedar dan keluar nak ambil duit dia balik. Polis jahat ni hentak belakang kepala sampai mati.

Lelaki yang mati tu pun tak ada kena mengena dengan Akira.

Lepas tu ketua polis jahat p tidur rumah perempuan simpanan yang merupakan pelajar university tu.

Pompuan tu rakam percakapan polis tu guna handycam dari dalam bilik. Polis tu call geng dia bagitau yang duit tu akan dibahagikan, dan semuanya pasal kematian tu perlu rahsia.

Perempuan ni pulak bawak rakaman jumpa kawan dia yang lain nak dedahkan untuk buat ugutan. Dua orang kawan laki ni tak nak terlibat dan blah.

Time tu masa nak keluar dari cafe tempat dia jumpa kawan tu, handycam tu kena curi pulak dengan pelajar university tanpa dia sedar. Dia gelabah.

Lepas tu pelajar yang curi tu tengok video rakaman dan buat panggilan pakai handphone curi ke polis jahat tu untuk dia dengar audio. Kira macam ugutan.

Polis jahat tu cuak la..

Sampai la polis tu cari dan pukul perempuan yang jadi skandal dia. Perempuan tu mati jatuh kerusi dan diorang buat seolah bunuh diri.

Ni pun tak ada kena mengena dengan Akira. Akira tak curi pun handycam tu. Habis siapa curi? Baca la lagi.. Panjang ni.

Time cuti semua orang balik dan tak duduk hostel. Akira balik hostel dan tengok ada beg kat depan pintu bilik.

Dia bawak masuk beg dalam bilik dia dan longgokkan atas katil.

Masa tu juga polis jahat sampai dan tengok ada handycam dan hp yang call ketua polis diorang.

Akira kena tangkap termasuk la dua orang budak laki yang skandal polis jumpa sebelum ni.

Diorang dibawa ke hutan nak bunuh untuk tutup kes saksi.

Akira juga tak ada kena mengena sebab dia sendiri tak sempat tengok video dalam handycam tu dan dia tak tau sebab apa dia kena.

Dua laki tu kena bunuh. Tapi time Akira, peluru pulak sangkut dalam pistol. Hawau. Akira apa lagi, belasah la polis tu. Tapi tak mati.

Akira lari ke rumah abang dia nak cerita. Abang dia sibuk layan majlis apa tah dalam rumah tu yang kak ipar dia buat. Kak ipar dia pun tak suka Akira ni. Budak juvana kan..

Akira call sepupu ke kawan laki dia yang ada kena mengena ngan kakak ipar dia tu. Yang tu pun sibuk.

Aku ingat laki ni yang akan bantu dia. Tak juga. Hampeh. Tak ada kena mengena juga ngan cerita Akira ni.

Dia lari nak keretapi dan time lepak tepi jalan nak makan, jumpa pulak geng jahat university yang dia belasah.

Akira kata geng tu yang aniaya letak beg depan bilik. Diorang pun tak tau apa. Tengah bertumbuk, polis jahat sampai dan tahan semua masuk lokap.

Geng university dilepaskan kecuali Akira. Nak bunuh Akira tak boleh sebab nanti kantoi.

So diorang bawak Akira masuk hospital gila bagi dadah, renjatan elektrik bagi dia biol dan hilang ingatan.

Doktor dan polis jahat juga subahat untuk bagi Akira mati. Tapi Akira ni liat nak mampos. Kena renjatan pun tak mati dan hilang ingatan.

Aku pendekkan cerita jelah. Kalau sambung lagi panjang namatey.

Akira berkenalan dengan pondan gila dalam tu. Dia minta tolong nak larikan diri. Pondan gila tu tolong.

Akira larikan diri. Ke rumah abang dia. Nak bagitau hal sebenar. Tapi abang dan mak dia tak percaya. Orang gila kan.

Time tu polis wad gila sampai dan tangkap. Masuk je dalam van, tetiba van bergerak. Rupanya pondan gila tu drive selamatkan Akira. Demmm! Mana datang pondan ni?

Lepas tu diorang pergi rumah doktor yang subahat. Macam mana Akira dan pondan tu panjat masuk tingkat atas rumah pun aku tak tau.

Dah belasah doktor tu, polis jahat pulak muncul. Macam mana polis tu tau pun aku tak pasti.

Akira dan pondan lari. Cari geng polis jahat sorang lagi yang lepak kat club dangdut.

Time polis ni mabuk Akira hentak dan pengsan dalam tandas. Dia culik polis ni dan simpan kat dalam kawasan universiti terbiar.

Esok tu ada majlis apa tak tau kat university tu Akira call suruh abang dia dan mak dia datang. Duduk depan sekali sebelah pengetua dalam dewan.

Akira nak polis jahat dia culik tu bagitau depan orang ramai nanti yang dia dianiaya dan tak gila.

Sekali ada geng polis jahat ikut pondan tu kat dalam dewan. Pondan tu kiranya nak pastikan semua ada termasuk abang Akira.

Bila pondan tu masuk dalam bangunan nak bagitau kat Akira yang semua dah sampai, kena tembak la pulak pondan tu. Mati terus.

Pondan yang mati tu pun tak ada kena mengena dengan hal Akira. Mati macam tu je sebab dia bukan tau apa pun.

Akira terkepung. Time tu polis jahat yang Akira culik kata polis yang sorang tu punca semua benda ni berlaku.

Polis jahat yang ketua tu kata nak potong tangan polis yang Akira culik pakai pisau pemotong babi. Nak tutup kes kata Akira gila. So report sedap la nak buat.

Tapi polis tu tak setuju dan bergelut.

Apa lagi, kena tembak la sedas. Berbuih darah kat situ. Baru nak tembak Akira, polis baik sampai ke situ dan dedahkan pasal kes ni dan Akira tak salah.

Akira lega. Baru nak berkas polis jahat tinggal 3 orang ni, ketua polis negeri call bagitau jangan berkas.

Nanti nama polis tercalar sebab yang kereta honda terbabas bawak duit banyak tu ada kena mengena ngan menteri berpengaruh. Lupa aku menteri ke pembangkang.

Takut nanti berlaku rusuhan dan banyak kemusnahan negara berlaku. Wtf?!

Ketua polis tu minta bebaskan semua polis jahat dan biarkan Akira mati sebab Akira ni entah siapa-siapa.

Blur la polis-polis baik dan terpaksa ikut arahan dan tinggalkan Akira dengan polis jahat.

Masa tu la Akira kecewa. Dia ambil pisau pemotong babi tu, dia tetak sorang-sorang dan sekali libas terus mati. Apa daa..

Akhirnya Akira ditahan dan dimasukkan hospital gila. Lepas beberapa tahun tu Akira dibebaskan dari hospital gila dan bebas kes. Dia mengajar kat sekolah kanak-kanak khas.

Sebenarnya yang curi handycam tu anak perempuan pengetua tu. Dia yang buat ugutan pakai hp curi.

Pengetua pulak jumpa beg penuh barang curi tu dalam bilik anak dia.

Pengetua ni yang letak beg yang ada barang curi kat depan pintu bilik Akira supaya Akira boleh hantar kat dia kata terjumpa beg.

Tak lah orang tuduh anak dia nanti mencuri.

Ciss!! Cerita apa ni? Plot twist cam apa la. Semua tak ada kena mengena dengan Akira.

P/s: Ada yang aku ingat dan tak ingat. Kalau aku nak ingat semua baik aku tulis skrip filem ni terus. Ada salah silap sikit, maaflah..

Sumber: Hafiz Mansor

PanggungWayang