Search
Search
Review Filem | P.S I Hate You – 2022

Review Filem | P.S I Hate You – 2022

“5 bersahabat akhirnya seorang mati bunuh diri kerana perbuatan khianat seseorang..”

Semuanya bermula dari sebuah rakaman video Phanthiwa ditularkan ketika majlis perkahwinannya bersama bakal suaminya. Kerana rasa malu dan terhina, Phantiwa mengambil keputusan drastik untuk membunuh diri.

Yang misterinya rahsia rakaman video tersebut hanya diketahui oleh 4 orang sahabat Phantiwa. Memandangkan hanya mereka berempat sahaja yang mengetahui rahsia Phantiwa, adakah ini bermakna pelaku dan penyebab kematian Phantiwa adalah salah seorang dari mereka atau sebaliknya??

Siri Thailand bertajuk “P.S. I Hate You” bergenre romantik misteri sebanyak 18 episod ini menggambarkan kisah cinta, cemburu, skandal, konflik serta rahsia gelap yang disembunyikan kini boleh ditonton secara striming melalui aplikasi Viu Malaysia.

Review Ringkas:

Sis jenis tak berapa minat drama Thai kecuali filem-filem bergenre seram Thai je. Tapi drama ini mempunyai auranya tersendiri sehingga membuatkan sis tertarik untuk menontonnya 😍
Genre yang sis minat, ala-ala genre Makjang dalam versi Thai haa giteww 🤭

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang