Search
Search
Review Filem | Monstrous – 2022

Review Filem | Monstrous – 2022

MONSTROUS

Mini siri 6 episod sahaja dan boleh ditonton di Viu.

Tiada cintan-cintun apa semua, siri MONSTROUS adalah sebuah siri dengan genre misteri, thriller dan supernatural.

6 episod yang tidak membuang masa, terkejut kat episod ke3 bila ada petani datang takik leher kawan dia sampai terpancut-pancut darah keluar. Maka bermulalah babak-babak kejam dan ganas.

Tidak sesuai ditonton bersama anak-anak bawah umur ye.

Sinopsis ringkas :

Sebuah patung Budha gergasi ditemui di sebuah pekan. Walau dihalang oleh sami, orang berkepentingan tetap menggali dan membawa keluar patung Budha berkenaan.

Patung tersebut membawa malapetaka kerana ada roh jahat yang sedang menguasai keseluruhan pekan apabila ’seal’ yang memerangkap patung itu selama ini telah dibuka.

Manusia yang menatap mata patung tersebut akan kerasukan dan saling berbunuhan.

Bagaimana caranya menghentikan kegilaan yang semakin mengganas?

Padu!!!

Penulis: Shukr Shukr
Sumber: 
Facebook

PanggungWayang