Search
Search
Review Filem | Gangubai Kathiawadi – 2022

Review Filem | Gangubai Kathiawadi – 2022

*BERDASARKAN KISAH BENAR – BEST ‼️

*Tajuk: Gangubai Kathiawadi
(Ratu Mafia Mumbai) #Netflix

“Dibutai cinta, dikhianati, dijual, hampir mati kerana menjadi mangsa kekejaman seksual. Kini dia digelar RATU MAFIA MUMBAI.”

Dia adalah Ratu Mafia yang sangat terkenal, dilahirkan dalam keluarga yang dihormati dan berkasta tinggi. Namun telah dibutakan oleh cinta dan demi mencapai cita-citanya untuk menjadi pelakon Bollywood, dia akhirnya terjerat dalam “Kandang Singa” yang terus mengubah hidupnya‼️ Kepercayaannya DIKHIANATI‼️DIMUSNAHKAN‼️

Maka bermulalah titik-titik dan noda hitam hidupnya di rumah pelacu*an di Mumbai yang dikenali sebagai “Kamathipura”. Dari nama Ganga menjadi Gangu, gelaran yang diberi oleh pelanggan tetapnya.

Suatu pagi subuh pukul 4 pagi, Gangu didatangi oleh seorang pelanggannya yang tidak dikenali asal usul pada mulanya, dalam beberapa minit sahaja Gangu menjadi mangsa kekejaman yang akhirnya membuatkan dia terlantar di hospital.

KEMUNCAKNYA KISAH INI.. setelah peristiwa berdarah itu, nasib Gangu berubah sekelip mata apabila dia mula berkuasa dan digeruni di Kamathipura Mumbai.

Bagaimanakah dia boleh menjadi begitu berkuasa sekali sehingga kaum lelaki pun boleh jatuh sujud di kakinya⁉️

Untuk mengetahui kisah pahit manis getirnya perjuangan Gangu demi membela nasib 4000 pelac@r dari menjadi gelandangan dan diketepikan masyarakat, anda boleh tonton filem ini di NETFLIX yang kini sedang #trending.

Berlatarbelakangkan tahun 1960an, dengan visual dan dialog-dialog yang menarik pasti membuatkan anda terbuai-buai dengan kisah si RATU MAFIA yang dilakonkan oleh Alia Bhaat dengan begitu terkesan sekali, tanpa sedar 2 jam 30minit telah pun berlalu.

Sebuah kisah yang cukup selayaknya untuk ditonton walaupun ia berkisar tentang dunia pelac@ran. Sebagai umat Islam pula, kita ambil kisah ini dari sudut pandangan positif kerana kita sedia maklum di India pada tahun 60an wanita disana hidup dalam diskriminasi terutama yang tidak berpelajaran dan dari kasta rendah.

Kisah ini menghuraikan bagaimana kebanyakan wanita di sana tiada pilihan dan dipaksa melakukan pelac@ran tanpa belas kasihan dan perjuangan seorang wanita hebat seperti Gangubai membela nasib wanita-wanita ini dan anak-anak yang dilahirkan oleh mereka untuk mendapat layanan dan pendidikan yang selayaknya agar anak-anak para pelac@r ini semua tidak terjerumus sama ke dalam kancah dunia mereka kelak.

🔞Tidak sesuai ditonton bersama anak-anak dibawah umur walaupun tiada aksi ranjang.

9/10
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

TRIVIA: Gangubai yang dilahirkan pada 1939 meninggal dunia ketika umurnya 68 tahun pada 2008

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: 
Movie Lovers MalaysiaShare:

PanggungWayang