Search
Search
Minnal Murali – 2021

Minnal Murali – 2021

Mula-mula memang skeptikal gila dengan filem ni.

Ye la, aku tengok cicakman pun aku rasa meluat, apatah lagi superhero dari India?

Hmmmm

Tapi lepas tengok filem ni, memang osem gila jalan cerita dia. Lain dari yang lain.

Filem ni mengisahkan dua orang berbeza latar belakang mendapat kuasa pada masa yang sama.

Dua2 kena panah petir tetapi tak mati. Mereka dapat kuasa yang berbeza.

Shibu dapat kuasa kawal objek manakala Jaison dapat kuasa kekuatan & kelajuan.

Sepanjang 1 jam terakhir, korang dapat tengok perubahan watak2 yang dibawa.

Kejap nak jadi baik kejap nak jadi jahat

Kejap ko rasa dia buat tu betul

Kemudian ko rasa dia buat benda yang salah

Final fighting scene memang mantap

la kalau nak dibandingkan dengan hero metrofulus punya scene.

Cgi power namatey beb

Colour grading pun cun

Jalan cerita power

Pelakon semua muka kampung2 je.

Yang paling penting, hanya ada 1 lagu sahaja dalam filem ni. Dah la satu je, menari pun tak ada.

Pengarah dia memang keluar terus dari kotak kebiasaan.

Recommended!

Tajuk: minnal murali
Bahasa: Tamil
Tahun: 2021

SumberIffat Salleh

PanggungWayang