Search
Search
Kurup -2021

Kurup -2021

Filem berdasarkan kisah benar patutnya boring, tapi pengarah filem ni memang power.

Filem ni seakan filem legenda Catch Me If You Can, tapi filem ni versi upgrade kerana bermain dengan masa & flashback yang akan buat penonton termenung.

Serius, korang akan rasa nak rewind supaya boleh faham timeline cerita ni.

✅ Jalan cerita padu

✅ Plot twist sampai minit akhir dia bagi

✅ Tak boring, padat dengan babak menarik

Cuma, aku pesan siap2, masa menonton cerita ni sila la bawa pen & kertas supaya boleh catat tahun & bulan kejadian dalam filem.

Kalau tak, kau akan pening nanti.

Cerita ni mengisahkan kejayaan ketua polis menangkap penjenayah bernama Kurup.

Kurup ada dua kehidupan, siang sebagai Indian Air Force dan malam sebagai penyeludup.

Tiba2, Kurup dikatakan mati bunuh diri. Masa ni, kepala otak korang akan start pening.

Plot cerita yang berbelit dimainkan dalam timeline yang berbelit pulak, dah jadi PUZZLE filem ni.

Plot diteruskan dengan cerita tentang jenayah yang dirancang oleh Kurup dan bagaimana polis ingin mengejarnya.

Aku shortcut je la ye. Last sekali, polis ni menulis dalam diarinya “Kurup layak dibiarkan menjadi penjenayah pelarian selamanya”.

Ya, last sekali polis berjaya ‘mematikan’ Kurup. Tetapi… akan ada plot twist.

Korang tengok la sendiri. Memang berbaloi untuk dilayan.

Netflix ada, tempat lain tak sure.

Tajuk : KURUP
Tahun: 2021
Bahasa: Tamil
Platform: Netflix

SumberIffat Salleh

PanggungWayang