Search
Search
Class of 83 – 2020

Class of 83 – 2020

Skuad Polis Khas dicipta untuk membunuh gengster paling kejam di Bombay.

Cerita ni syok tengok wehhh

Vijay dikenakan hukuman disebabkan kegagalannya untuk memberkas gengster paling dikehendaki, Umar Kalsekar.

Kegagalan itu menyebabkan 5 orang polis terbunuh dan Vijay dihukum menjadi pengajar di akademi polis.

Di akademi, Vijay melatih 5 pemuda untuk menjadi polis terhebat & licik.

Vijay menggunakan rakannya di jabatan polis untuk meyakinkan menteri korup, Petkar untuk menubuhkan skuad khas.

Tujuannya ialah untuk membunuh ahli kumpulan Kalsekar. Namun, semua pembunuhan mesti disembunyikan & tidak dibicarakan.

Selepas ramai ahli Kalsekar berjaya dibunuh, Kalsekar & Geng Naik (gengster baru) mula memberi rasuah kepada skuad khas ni dan mereka mula terima duit dari gengster.

Perbalahan berlaku semasa ahli skuad disebabkan cemburu & tuduhan melulu. Pergaduhan mereka menyebabkan mereka tersilap membuat pembunuhan beberapa ahli perniagaan yang disangka gengster.

==

Selepas mengetahui masalah tersebut, pihak polis memberi semula jawatan Vijay untuk uruskan skuad khas tersebut.

Klimaks bermula apabila salah seorang ahli akuad, Aslam khan dibunuh oleh ahli Kalsekar.

Shukla, Verde & Vijay bergabung untuk membunuh Kalsekar. Perancangan rapi dibuat untuk membuat umpanan, penculikan & pembunuhan Kalsekar tanpa pengetahuan menteri besar Bombay.

Perancangan cun, tapi scene pembunuhan gengster paling dikehendaki selesai dalam masa 3 minit. Hahaha

Cerita ni patutnya dipanjangkan jadi 3 jam, baru sedap layan. Tayangan 2 jam terlalu pendek untuk dapat feel sepenuhnya.

Apa pun, jalan cerita best bagi aku.

Tajuk: Class of 83
Bahasa: Hindi
Tahun: 2020
Platform: netflix

Ps: Bobby deol kemaih beb haha

SumberIffat Salleh

PanggungWayang