Search
Search
Review Filem | Pengabdi Setan 2 – 2022

Review Filem | Pengabdi Setan 2 – 2022

Pengabdi Setan 2 (2022)

GILA SERAM‼️‼️ RUGI TAK LAYAN‼️

Mana taknya SERAM. Set lokasi filem ini dilakukan di sebuah bangunan rumah pangsa yang telah terbiar selama 15 tahun!! Dan dipercayai tingkat 7 adalah kawasan yang paling keras dan kru produksi filem ini tidak dibenarkan berada di tingkat tersebut!

TAPI…..

Sis masih suka Pengabdi Setan (1) dari segi plot dan jalan ceritanya kerana kali ini banyak juga plot yang agak meleret-leret sehingga ada beberapa ketika sis mula merasa bosan.

Namun, tidak dinafikan dari segi sinematografi, latarbelakang, visual, kesan bunyi, props, skor muziknya lebih dark dan disertai dengan teknologi IMAX membuatkan suasana wayang tersebut lebih mencengkam. (Sarankan korang beli tiket IMAX nya untuk feel lebih)

Dan bagi korang yang “HATI TIKUS”, mesti korang akan diselubungi perasaan misteri, buatkan korang pandang kiri kanan atas lagi-lagi kalau wayang ketika itu masih belum ramai orang🫣.

Ini pandangan peribadi sis tentang filem ini. Lain orang mungkin berbeza citarasa jadi sis hanya mampu bagi 6/10 ⭐️⭐️⭐️ sahaja. Oh ya filem ini RATED as 🔞.

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang