Search
Search
Review Filem | Ksatria Bulan – 2022

Review Filem | Ksatria Bulan – 2022

Ksatria Bulan (2022)

Mengisahkan tentang seorang seorang lelaki yang mempunyai beberapa personaliti dalam dirinya (DID) tanpa disedari pada awal cerita. Antara personaliti yang ada dalam diri lelaki tersebut ialah Steven Grant, seorang ahli muzium dan Marc Spector, seorang askar upahan. Persoalan sekarang ini adalah siapakah pemilik asal badan tersebut, adakah Steven Grant, Marc Specter atau ada lagi personaliti lain di dalam badan tersebut?

Moon Knight merupakan avatar(wakil) kepada Khonshu yang merupakan “Tuhan Bulan” dan juga memberi kuasa kepada lelaki tersebut. Mereka mempunyai misi iaitu ingin menumpaskan “Ammit” yang mana ingin menghukum orang yang tidak bersalah mengikut neraca amalan mereka. Kemunculan Layla, yang merupakan isteri kepada salah seorang personaliti mereka menjadikan jalan cerita lebih menarik dan membuat anda tertanya-tanya macam mana mereka berkahwin tanpa diketahui oleh diri sendiri.

Cerita berdurasi 6 episod ini merupakan cerita fast-pace di mana setiap bahagian cerita membuat anda tak senang duduk menantikan setiap aksi dan suspen serta plot twist di dalam cerita ini.

Rating:

Oscar Issac 5/5 infinity star, lakonan Oscar seolah-seolah watak personaliti tersebut dilakonkan oleh banyak orang yang berbeza, padahal dia sendiri yang membawa watak-watak tersebut.

Aksi 4.5/5 agak perlahan pada pertengahan cerita namun dibayar balik pada episod terakhir.

Emosi 5/5 pada episode 5 yang mana akan membuat penonton sedih.

p.s : Boleh tonton secara halal di Disney+ Hotstar

Penulis: Mohd Ramli
Sumber: Group Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang