Search
Search
Review Filem | Kuntilanak 3 – 2022

Review Filem | Kuntilanak 3 – 2022

KUNTILANAK 3 (2022) dah macam tengok cerita HARRY POTTER Siap ada sekolah khas untuk anak-anak yang ada KUASA SIHIR!! Aksi-aksi lawan magicnya pula dah macam Marvel

Apapun, kesan CGI untuk KUNTILANAK masih menyeramkan dan keseluruhannya masih menghiburkan terutama jika bawa anak-anak bersama menonton filem ini.

Masih tidak lari dari sambungan sekuelnya, Kuntilanak 3 kali ini mengfokuskan Adinda yang berketurunan MANGKUJIWO masih tidak mengerti bagaimana mengawal kuasa sihir yang diwarisinya.

Sehinggalah suatu hari, secara tidak sedar kuasa sihirnya telah mencederakan 2 saudara lelakinya dan dia membuat keputusan untuk berpindah sekolah yang khas untuk anak-anak istimewa yang memiliki kuasa sihir di suatu tempat yang terpencil dan tersembunyi iaitu Sekolah Mata Hati.

Apa yang dia tidak ketahui adalah. Pengetua Sekolah Mata Hati tersebut juga dari keturunan Mangkujiwo (keturunan Kuntilanak).

Sejak bersekolah di situ, pelbagai kejadian misteri mula berlaku dimana satu persatu pelajar disitu tiba-tiba hilang.

Pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Pengetua Sekolah Mata Hati. Namun apakah ia?!

6.5/10

**Don’t put too high expectation. Sis still prefer yang Part 2

Sis tonton di panggung wayang bersama anak-anak pada 30/4/2022

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: 
Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang