Search
Search
Paskal – 2018

Paskal – 2018

REVIEW FILEM PASKAL

“Nanti jangan lupa tulis review tau”, pesan kawan saya usai menonton filem Paskal di IOI Citymall tengah hari tadi. Saya sengih sahaja. “Haha siap pesan tu” .

Di telinga masih terdengar desingan bunyi tembakan.

Saya kata pada beliau “harus di akui sepanjang zaman memang ada filem-filem yang dibuat untuk menyuntik semangat patriotism. Saya fikir untuk versi Malaysia filem Paskal adalah yang

Terbaik setakat ini. Best. Rasa bangga pun ada. Kan?” Beliau angguk setuju.

“Cuma saya teringin nak tahu… teringin nak tahu jer, bukan saya komplen atau sindir ke apa. Adakah dalam dunia hari ini, filem seperti Paskal mampu memacu rasa atau semangat patrotisme untuk orang-orang sekarang yang sehari-hari fikir dan share pasal politik…politik… atau hiburan… hiburan… atau perbezaan pandangan agama contohnya khilaf…khilaf… atau hobi, gadjet …lain-lain topik… hurm 🤔

“Mampukah sebuah filem sebaik Paskal memberitahu rakyat Malaysia … ok rehat sekejap dari semua topik-topik yang korang dok fokus saban hari tanpa jemu tu, kita fokus kepada satu topik yang tak kurang penting ni. Tentang kecintaan kepada negara. Patriotism. Perjuangan. Kesetiaan. Pengorbanan. Ketahanan. Kesakitan. Kesedihan. Nilai nyawa. Teknologi ketenteraan. Kepakaran pasukan . Yang semua itu dirangkum kemas untuk pertiwi ini. Milik pertiwi ini . Milik Malaysia yang tercinta mengatasi siapa pun anda, apa pun minat politik anda, hobi dan sebagainya”.

Boleh kah?

Ok.. ok.. jawab untuk diri sendiri sudah.

Tentang filem. Ramai dah ulas. Tapi saya boleh simpulkan macam ni. Paskal tiada bahagian yang meleweh, tiada dialog atau watak bodoh, tiada cintan- cintun berbunga-bunga, tiada pertarungan ala muai-thai jugak, tiada scene ala kadar atau tempelan.

Pun begitu aura jenaka ada. Bersahaja. Kisah cintanya ada, manis dan cukup. Perkongsian latihan Paskal, kita ikut terasa susah dan peritnya. Plot cerita bergerak pantas. Takde masa nak belek henpon. Semuanya cepat dan tepat seperti tembakan Gagak (Gambit). Dan bila ada operasi yang berbahaya kita terasa sama dalam membuat pilihan itu. Keluarga atau negara? Diri sendiri atau orang lain? Untuk melebihkan kepentingan orang lain atau kehendak diri sendiri? Berkorban nyawa sendiri walaupun belum tentu dihargai. Tak mudahkan?

Operasi-operasi yang dijalankan sedikit sebanyak membuat kita faham tugas mereka. Bahaya walaupun atas tiket pasukan keamanan. Peralatan canggih yang mereka guna buat hati rasa bangga dengan elit nya pasukan Paskal ini.

Quotes dari filem.. Ada….

Hebat/kuat tu Allah yang bagi” lebih kurang macam tu kata watak Ustaz (Taufik Hanafi) semasa latihan Paskal. Masa tu kawan2 kata Tuan Arman mewarisi darah Paskal dari ayahnya. Kemudian seorang rakan memuji “ustaz pun hebat juga”. Ustaz balas dengan ayat di atas.

“Hidup ni tiada pilihan paling tepat tuan… pilihan tu seperti ranting-ranting, selepas pilih, ada lagi ranting, ranting lagi, sehingga bertemu kematian” kata ustaz kepada Tuan Arman (Hairul Azreen)

Lebih kurang macam tu lah dialog nya tapi saya tak ingat sebiji-sebiji. Minta maaf.

Eh panjang dah kot review. Nanti takda orang baca. Harap ada lagi filem bertemakan pasukan keselamatan yang lain. Bomba ke. Yang dibikin best macam Paskal ni.

2 benda sahaja nak pesan…

1. Pi laa tengok. Bagi sokongan padu kat filem yang memang layak.

2. Kalau dah pi menonton lepas habis tayangan reti-reti lah nak buang sampah sendiri. Jangan tinggal gitu ja.Jangan tengok Paskal tapi otak masih dangkal. Kan rugi tu.

Sekian terima kasih.

Penulis: Syiza Hasan
Sumber:
Facebook

PanggungWayang