Search
Search
Review Filem | Spellbound – 2011

Review Filem | Spellbound – 2011

SPELLBOUND (2011)

SPELLBOUND merupakan salah satu filem korea menarik yang boleh ditonton di Viu.

Filem romance yang langsung tidak memualkan. Elemen romance yang tidak seberapa kerana disulami dengan elemen seram dan komedi yang bersilih ganti. Satu genre yang lengkap!!

Macam mana rasanya nak bercinta tapi sering diganggu roh jahat? Seorang wanita hidup kesunyian. Jauh dari keluarga, tidak boleh berkawan, apatah lagi bercinta!!

Setiap kali dia mahu menjalinkan hubungan, roh jahat akan mengganggu lelaki pilihannya. Terdapat babak macam dalam filem final destination weh! Ngeri! Penampakan hantu pulak memang seram! Buat terkejut nak luruh jantung😂

Part komedi memang best! Romace pon sweet-sweet je, lelaki tu nak kat perempuan tu, tapi takut kena kacau dengan hantu pulak😂

Walau filem lama, tapi SPELLBOUND ni sangat-sangat menghiburkan!

Best!

Penulis: Shukr Shukr
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang