Search
Search
Review Filem | City of Lies – 2018

Review Filem | City of Lies – 2018

Setelah tergendala sekian lama, filem ini mula ditayangkan di pawagam US. Filem ini mengisahkan korupsi polis yang berlaku di bandar Los Angeles tersebut dan tak hairanlah tergendala lama sebab ada isu2 yang perlu diuruskan. Pelbagai orang di studio produksi dan yang lain menerima banyak ancaman mati sepanjang dan selepas penerbitan filem ini.

Johnny Depp, Forrest Whitaker dan Brad Furman menceritakan kisah pembunuhan Biggie Smalls alias The Notorious BIG, yang kemudiannya ditutup oleh pihak berkuasa dan kegagalan mereka menyiasat jenayah secara terbuka, teliti dan telus kerana beberapa anggota berpangkat tinggi pasukan polis terlibat secara langsung dalam jenayah tersebut.

Dialog best dari Johnny Depp sebagai Detective Russell Poole “a murder like this doesn’t get solved unless the police want it to be solved”.

(Johnny Depp sebagai detektif polis kali ini. Jangan cakap tak kenal pulak.

Genre: Drama, Thriller, Crime

Platform: Platform halal tak ada. Usaha tangga kejayaan.

Penulis: Peter Adam
Sumber: 
Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang