Search
Search
Review Filem | Dream House – 2011

Review Filem | Dream House – 2011

DREAM HOUSE (2011)

#horrorpsycho #mystery

Benarkah Gila Bayang boleh menjadi satu halusinasi yang membunuh jiwa kita?

Pada awalnya Will dan isterinya Libby (Rachel Weisz) serta anak²nya hidup dengan begitu bahagia setelah berpindah ke kejiranan baru. Namun tidak berapa lama kemudian, satu persatu kejadian misteri mula berlaku dirumahnya.

Selidik punya selidik, rupa-rupanya…rumah yang mereka duduki itu mempunyai sejarah lampaunya sendiri. Satu pembunuh yang penuh sadis telah meragut nyawa seorang isteri dan dua orang anak²nya apabila si suami sendiri telah membunuh mereka.

Lelaki tersebut dikatakan mempunyai masalah mental yang kemudian telah dikurung di rumah sakit jiwa. Namun kerana kekurangaan bukti atas tuduhan membunuh keluarganya, lelaki tersebut telah pun dibebaskan.

Will mengesyaki gangguan² yang berlaku dirumahnya adalah perbuatan lelaki mental tersebut. Sehinggalah Will cuba menggali lebih dalam lagi misteri yang dialami keluarganya sendiri, dia telah bertemu dengan jirannya Ann (Naomi Watts), namun Naomi seolah cuba mengelak dari Will. Seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikannya!

Dipendekkan cerita, rupanya Will sendiri yang berhalusinasi yang rumahnya mengalami gangguan. Apa yang berlaku sebenarnya adalah lebih dari halusinasi yang dialami Will dan semua jawapannya ada pada Ann! Apakah sebenarnya yang pernah berlaku di rumah Will itu? Punca Will berhalusinasi pula??

Filem ini cukup menarik dan twist yang disajikan pun berlapis-lapis. Mampu bermain dengan emosi dan akal fikiran kita. 7/10 dari sis.

Sesuai untuk tontonan umum dan maaf tiada link disediakan kerana peraturan group. Boleh goggle search ya untuk cari filem ini.

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang