Search
Search
Review Filem | The Wife – 2021

Review Filem | The Wife – 2021

“Bukan hantu mesin basuh ye..Tetapi..”

Tajuk: The Wife (2021)#Hindi

Genre: #horrorsupernatural

Platform: Youtube (selagi masih ada)/ Zee5

Ringkasan cerita:-

Sepasang suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan berpindah ke apartment baru terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila diganggu oleh ROH yang sangat marah di dalam apartmen mereka.

THE WIFE (2021), sebuah filem dari India bergenre “Horror Supernatural” memfokuskan kepada pasangan Varun (Gurmeet Chaudhary) dan isterinya Arya (Sayani Datta) yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan berpindah ke apartmen baru di kota.

Namun kebahagiaan dan ketenangan pasangan ini mula goyah apabila Arya mula diganggu dan dihantui oleh ROH yang sangat marah setiap kali ketiadaan Varun di rumah. Hari demi hari gangguan itu disertai dengan penampakan yang kurang jelas dari roh itu telah membuatkan Arya semakin depresi.

Arya memberitahu Varun tentang gangguan itu namun Varun tidak mempercayainya dan menganggap Arya hanya berhalusinasi. Sehinggalah suatu hari ketika pembantu rumahnya yang membawa bayinya sekali sedang mengemas rumah Varun dan Arya, roh tersebut muncul semula dan membunuh bayi pembantu rumah tersebut.

Baca kisah selanjutnya dan trailer di
https://movieloversmy.com/hindi-horror-supernatural-the…/

Review Ringkas:-

THE WIFE mungkin bukan sebuah kisah yang boleh menakutkan kita sehingga tahap anda tidak berani ke bilik air sendiri kerana ia bukan cerita hantu yang beri anda suasana “JUMPSCARE” murahan. Jalan ceritanya juga digabungkan dengan amalan sihir yang ada hubung kait dengan ROH tersebut.

Permulaan awal plot filem ini juga berjalan agak perlahan, namun ia masih menarik untuk ditonton kerana ia lebih fokus kepada naik dan turunnya hubungan cinta antara Varun dan Arya sehinggalah masuk ke bahagian klimaks dan sedikit demi sedikit ia berjaya memberikan kita beberapa kejutan. Sis beri 7/10

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang