Search
Search
Review Filem | The Twin – 2022

Review Filem | The Twin – 2022

“Seorang Ibu yang hidup dalam trauma atas kematian salah satu anak kembarnya, seorang anak yang menganggap dirinya adalah kembarnya yang telah mati.”

THE TWIN (2022) merupakan filem bergenre #mystery dan #psychologyhorror lakonan Pelakon hebat Teresa Palmer sebagai Rachel yang mengalami trauma dan kemurungan setelah salah seorang anak kembarnya Nathan mati kerana kemalangan.

Ekoran daripada kemalangan tragis itu, Rachel. Suaminya Anthony (Steve Cree) dan anaknya Elliot kembar kepada Nathan yang telah mati berpindah ke tempat lain dengan harapan untuk membina kehidupan baru.

Setelah beberapa tahun kemudian, mereka membuat keputusan untuk kembali ke rumah kampung halaman mereka yang terletak di Finland di sebuah daerah yang jauh dan agak terpencil.

Namun saat mereka baru mula memulakan kehidupan baru di kawasan pedalaman yang sunyi itu, keadaan mereka berubah menjadi buruk semula apabila Rachel mula didatangi dan dibayangi mimpi-mimpi yang menyeramkan. Ketika itulah dia mula membongkar kebenaran yang menakutkan tentang anaknya dan mereka kini perlu berhadapan dengan kuasa jahat yang bakal menghancurkan keluarga mereka.

Apakah rahsia yang telah disembunyikan dari Rache?! Adakah kematian Nathan akibat dari kemalangan atau telah dirancang atau sesuatu yang lain?!

REVIEW RINGKAS:

– Storyline yang agak slow-burn tetapi sis masih mampu meneruskan menonton ia sehingga habis kerana lakonan berkesan Teresa Palmer yang membawakan watak sebagai seorang Ibu yang berkorban dan berjuang mati-matian demi mempertahankan nyawa anaknya Elliot.

– Ada terasa vibes seperti menonton filem ”Midsommar”, “CandyMan” dan “Hereditary” tetapi dengan plot dan twist yang berbeza. Jadi hanya untuk mereka yang memahami cerita seperti itu sahaja mungkin akan dapat menikmati filem “The Twin” ini. Anda yang tidak suka filem yang buat anda pening kepala lebih baik tak perlu tonton filem ini. Tapi sayang lah.. sebab twist kat ending dia tu yang pasti mengejutkan anda semua.

– Keseluruhannya, sis menikmati filem ini walaupun pacing filem agak perlahan..menarik dan sesuatu yang lain. 7/10 sis berikan untuk storyline filem ini dan 9/10 untuk lakonan.

**Filem ini telah ditayangkan sejak 6 Mei di platform Shudder jadi anda tidak akan dapati filem ini di Netflix setakat ini. Sila goggle search untuk tonton di saluran lain.

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang