Search
Search
Review Filem | Shooting Stars – 2022

Review Filem | Shooting Stars – 2022

MENYERONOKKAN!! MENGHIBURKAN!!

Jika anda adalah peminat genre #Romantik #Komedi, silalah layan “Shooting Stars/ Sh**ting Stars” ini kerana storyline nya yang dramatik pasti membuatkan hari anda ceria dengan senyuman, setidaknya setakat 4 episod ini drama yang penuh aksi-aksi lucu dan happy go lucky ini mampu menceriakan hari sis

Kenapa sis kata ia sangat menghiburkan?

Kisah “LOVE HATE” antara dua pelakon utama yang bermain tarik-tarik tali, Sung -kyung sebagai PR Manager artis yang begitu dedikasi terhadap kerjanya dalam masa yang sama terpaksa melayan karenah si “Bodoh Sombong” Young-dae sebagai artis paling popular dan digilai ramai. Namun sebaliknya, ada “taman bunga” di dalam hati kedua-dua mereka ini.

Ia dilakonkan oleh 2 watak utama yang cukup serasi iaitu Lee Sung-kyung yang cukup dikenali dalam drama “Weightlifting Fairy Kim Bok-joo” dan “Doctor Romantic 2” serta pelakon muda kacak si Kim Young-dae yang semakin dikenali setelah berlakon dalam drama viral makjang “Penthouse”

Sepanjang 4 episod setakat ini, memang akan membuatkan sis tergelak dan senyum seorang2 memerhatikan gelagat Sung-kyung dan Young-dae yang tidak habis-habis bertelagah sesama sendiri. Apa yang menariknya, terdapat juga babak-babak yang mampu buat penonton sebak dan terharu🥹.

Senang cerita, drama ini memang sangatlah sesuai untuk tontonan serta hiburan jiwa jika anda ingin bersantai-santai sambil makan kerepek dan kuih raya di hadapan skrin layar anda..8/10 dari sis setakat ini.

SHOOTING STARS sebanyak 16 episod ini anda boleh layan di saluran aplikasi Viu Malaysia pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang