BEST NAMATE!! MIND BLOWING!!
9.5/10
WAJIB layan sekiranya anda adalah peminat genre #scifi #thrillerpsychology!!
Dari penulis yang sama yang menghasilkan filem-filem horror thriller seperti Insidious 3 dan filem serial SAW, Leigh Whannell. Filem bertajuk UPGRADE (2018) ini salah satu level movie yang sangat MIND BLOWING bagi sis!
Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri Grey Trace & Asha Trace yang hidup dalam kecanggihan teknologi yang akhirnya hidup mereka hancur kerana satu komplot.
Sang isteri dibunuh dengan sadis didepan mata suaminya sendiri dan suaminya yang tinggal nyawa-nyawa ikan kini mati separuh badan apabila hanya otaknya sahaja yang masih boleh berfungsi.
Hidupnya merana setelah kejadian hitam itu dan dia bernekad untuk membalas dendam terhadap dalang kehancuran hidupnya!!
Berbekalkan memori yang dia masih ada dan tubuh badan yang dikawal oleh teknologi AI menggunakan Chip yang digelar STEM, Grey dan STEM ini menjadi satu nyawa yang diibaratkan senjata teknologi yang tidak dapat dikalahkan oleh manusia!!
Dendam kesumat yang membuak-buak tidak dapat lagi dibendung!! Yang pasti si dalang pasti menerima BALASANNYA!!
Namun adakah dendamnya akan selesai disitu sahaja guys? Ohh..plotnya semakin menarik dan tertarik, pasti mengejutkan!!
Bagi sis filem ini cukup selayaknya mendapat sekuel kedua..malah plot dan twist yang disajikan dalam filem ini lebih hebat dari sebahagian filem Marvel atau DC (jangan marah dehh Marvel and DC Fans naa🫢.. nak raya ni maafkan je sis)
-Tiada aksi SX so sesuai untuk tontonan umum dan boleh layan filem ini di YOUTUBE lengkap dengan subtitle.
Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: Facebook Movie Lovers Malaysia