Search
Search
Review Filem | Caged – 2010

Review Filem | Caged – 2010

•DIINSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR•

“MATA MEREKA DICUNGKIL DAN DIJUAL!!”

CAGED atau CAPTIFS (2010) yang diinspirasi dari kisah benar adalah tentang penculikan dan perdagangan organ manusia yang berlaku di Kosovo.

Anda boleh goggle “The Bloody Yellow House”, di situ ada maklumat yang lebih tepat dan jelas tentang kisah yang sebenarnya. Berpuluh-puluh tawanan yang kebanyakannya berbangsa Serbia telah ditangkap dan dibawa ke “Yellow House” berhampiran Burrel di tengah Albania dari 1999-2000.

Di Yellow House itulah, organ mereka dikeluarkan tatkala mereka masih dalam keadaan sedar sehinggalah sampai saatnya mereka mati apabila organ utama telah dikeluarkan. Kemudian akan dijual di pasaran gelap…Sadis dan mengerikan cara mangsa² ini diperlakukan.

Filem ini juga telah menimbulkan kontroversi kerana ia dikatakan banyak menyeleweng dari kisah yang sebenarnya.

Anyway..Let’s put this way..ketepikan kontroversi itu dan anggap sajalah filem ini sebagai hiburan otak dan jantung terutama untuk anda-anda yang kurang bersenam dan berfikir

KENAPA? Sebab storyline dan plot filem ini menarik, walaupun pada awal filem bagi sis ia agak membosankan namun sehinggalah 3 daripada watak awal filem ini diculik dan dijadikan tawanan..MOOD TERUS BERUBAH Adrenalin naik semula..jalan ceritanya semakin menarik dan tertarik.

Babak² yang boleh buat kita rasa cemas dengan elemen suspen yang cukup mengerikan boleh membuat kita terjebak dan membayangkan situasi kita jika berada dia tempatnya ketika itu… ditangkap, diculik, kemudian organ² kita dikeluarkan dan dijual..haihhhh

Tapi anda semua jangan risau…plot dia tak henti kat situ…apa yang sis suka adalah..RASA PUAS dengan ending dia!!

Which means banyak lagi babak² yang suspen berlaku sepanjang filem ini sebelum sampai happy ending dia..sebenarnya tak la happy ending sangat pun sebab kasihan mangsa kena berhadapan dan bertarung dengan penculik yang kejam dan ganas..

Personal rating 7.8/10

Filem ini dikategorikan sebab aksi² yang agak ganas. Tiada aksi SX ye..filem ada di YouTube tapi tiada subtitle. Lain dari ini you all goggle search je lah.

Filem ini banyak memenangi anugerah di Screamfest 2010, Best Actress, Best Editing, Best Cinematography, Best Director and Best Picture.

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang