Search
Search
Review Filem | The Way Back – 2010

Review Filem | The Way Back – 2010

•Diinspirasikan Dari Kejadian Sebenar•

•HIGHLY RECOMMENDED 9.5/10•

“MAKAN BANGKAI AGAR DAPAT HIDUP!!”

Gulag di Soviet merupakan salah satu penjara yang paling mengerikan, kejam dan brutal pada era tahun 1940an. Mereka menggunakan sistem DIKTATOR mengerah banduan bekerja 14 jam sehari, dibiarkan mati kelaparan, berpenyakit dan sebahagian dihukum mati dengan brutal!!

Filem bertajuk “THE WAY BACK (2010)”, KISAH SURVIVAL yang DIINSPIRASIKAN DARI KEJADIAN SEBENAR tentang sekumpulan tahanan yang melarikan diri dari pemerintahan Soviet pada tahun 1940. Mereka berjalan, mengembara sejauh 4ribu batu dari Siberia-Mongolia-Himalaya Nepal-India bagi mendapatkan kebebasan!!

Dalam kisah ini, 6 orang banduan bertekad melarikan diri dari NERAKA ini dan mereka berjaya melarikan diri dari situ. Dalam perjalanannya mereka terserempak dengan seorang gadis dan menjadi sebahagian dari pengembaraan ini. Tapi..adakah mereka dah selamat walaupun dapat keluar dari NERAKA CIPTAAN MANUSIA itu? OH SUDAH PASTI TIDAK GUYS!!

Siksaan di Gulag sahaja tidak cukup untuk mereka, kini di luar dunia mereka perlu mengharungi segala ancaman alam yang mungkin akan meragut nyawa mereka.. ANCAMAN ALAM YANG LEBIH DAHSYAT DAN MENAKUTKAN!! Mampukah mereka semua bertahan hingga ke akhirnya?!

REVIEW RINGKAS

Dari segi barisan pelakon dan watak² yang dibawa semua tak perlu kita pertikaikan lagi, semua hebat² dan berjaya memberikan impak maksimum yang boleh bawa kita mengembara dan merasai semua apa yang mereka lalui.

This movie for sis ALMOST PERFECT AND ONE OF THE BEST SURVIVAL MOVIE YANG SEMUA PATUT TONTON. BEAUTIFUL STORY, INTERESTING PLOT AND INSPIRATIONAL!!

Maaf tiada link disediakan kerana peraturan group. Sila goggle search sendiri ya.

**X babak tetapi banyak babak² suspen, intense dan mengejutkan sepanjang mereka menjadi pelarian**

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang