Search
Search
Review Filem | Bloody Hell – 2020

Review Filem | Bloody Hell – 2020

Best, Seram Psiko, Lawak dan Ganas!!

9/10

“Tubuh badannya sedikit demi sedikit akan dipotong menjadi santapan keluarga KANIBAL!!”

8 tahun lalu dia, Rex Coen (Ben O’Toole) seorang bekas askar dipenjarakan kerana membahayakan nyawa orang awam walaupun dia menjadi Hero kerana membunuh para perompak bank dengan kejamnya.

Kini selepas 8 tahun, dia masih merupakan hero yang dipuja-puja oleh peminatnya dan sentiasa menjadi perhatian media dan paparazzi. Dah macam celebriti gitulah.

Dek kerana merasa rimas dengan perhatian yang dia terima, Rex membuat keputusan untuk berhijrah ke bandar lain iaitu Finlandia.

Namun, perjalanannya menuju Finlandia menjadi MIMPI NYATA PALING MENGERIKAN apabila dia telah DICULIK dan KAKINYA DIPOTONG!!

Rupa-rupanya Rex telah ditangkap oleh sekumpulan keluarga PEMAKAN DAGING MANUSIA!!

Dapatkah Rex melepaskan dan menyelamatkan dirinya yang tanpa kaki itu dari menjadi santapan keluarga KANIBAL tersebut?

Review Ringkas Filem “BLOODY HELL (2020):

Storyline yang sangat menarik, menghiburkan dan seronok untuk ditonton kerana bertemakan KOMEDI HORROR THRILLER yang pastinya penuh kejutan demi kejutan!

Aksi-aksi ganas penuh darah dan diselit dengan dialog-dialog yang “fun with sense of humor”!

HIGHLY RECOMENDED UNTUK PEMINAT GENRE INI! TIADA AKSI SX

**Filem ini X di Youtube, X di Netflix dan mana2 platform tempatan. Sila google search ya guys.

PanggungWayang