Search
Search
Review Filem | Titisan Setan – 2021

Review Filem | Titisan Setan – 2021

TAJUK: Titisan Setan 2 (2021)

PLATFORM: Youtube

REVIEW: Scroll bawah sekali.

Mengisahkan tentang Rico seorang pemuda yang pakar menjahit gaun-gaun wanita. Kebolehan menjahitnya membuatkan ramai pelanggan yang suka kepadanya.

Suatu malam, Rico didatangi oleh gadis cantik bernama Chinta yang ingin menjahit gaun. Namun kehadirannya yang penuh misteri itu langsung tidak menimbulkan sebarang syak wasangka kepada Rico walaupun rakan-rakannya telah cuba memberi amaran untuk berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan gadis bernama Chinta itu.

Sejak pertemuan pertama dengan Chinta, Rico sentiasa ingin mendekati Chinta dan sejak itu mereka kerap berjumpa dan yang anehnya Chinta hanya akan muncul disaat Rico bersendiran.

Di babak lain, salah seorang rakan Rico telah memberi amaran kepada rakan-rakannya lain untuk lebih berwaspada kerana dipercayai ada SYAITAN JAHAT yang sedang berkeliaran dan sedang mencari mangsanya di malam hari kebelakangan ini di daerah mereka.

Sejak itu, satu persatu peristiwa aneh, misteri dan menakutkan mula menimpa pemuda-pemuda di daerah tersebut.

Apakah motif kewujudan SYAITAN tersebut? Dan mengapakah SYAITAN itu hanya menyasarkan kaum lelaki sahaja?

REVIEW RINGKAS:

– Layan sebab tertarik dengan poster dan sinopsisnya. Layan Part 2 ini sebab Part 1 dulu lakonan Baim Wong (sis minat Baim Wong)

– Jalan ceritanya menarik? Tidak semenarik Part 1. Filem yang hanya bersandarkan pelakon-pelakon yang kacak dan lawa tetapi storyline dia terlalu lemah. Atmospere dah ok dah..

Rating peribadi 4.5/10

Movie yang korang leh layan disaat korang tak tahu nak tengok movie apa

PanggungWayang