Search
Search
Review Filem | Voice of Silence – 2020

Review Filem | Voice of Silence – 2020

TUKANG TANAM MAYAT GANGSTER!

TAJUK : VOICE OF SILENCE (2020)

GENRE : #Crime #drama

PLATFORM : VIU

RATING : 100% ( Rotten Tomatoes )

Sinopsis :

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda bisu dan seorang lelaki tempang yang mengambil upah clearkan tempat yang gangster gunakan untuk pukul dan bunuh orang. Kiranya lepas dah pukul2 or bunuh tu darah2 apa semua tu dua orang ni la bersihkan. Termasuklah clearkan sekali mayat orang yang kena bunuh gangster tu tadi.

Suatu hari ketua gangster yang diorang panggil pengurus ni bagi depa dua job tangkap dan jagakan seseorang. Yang diorang tak tahu orang yang diorang kena jaga tu seorang budak perempuan 11 tahun yang pengurus ni tadi nak culik untuk dapatkan tebusan.

Benda jadi makin tak tentu arah bila esoknya time diorang datang nak buat kerja pembersihan, pengurus tu pulak yang kena tibai sampai mati. Sebelum mati pengurus tu tak sempat cakap apa-apa pasal budak tu. So, diorang pulak la nak kena setelkan penculikan tu kalau nak dapatkan upah diorang.

Setel ke tak setel? Dapat ke tak duit tebusan? Tontonlah sendiri…

________

Rasanya saya boleh tahu kenapa filem ni dapat rating tinggi walaupun filem ni tak ada banyak aksi sangat pun berkaitan gangster ke apa semua tu. (mula-mula tengok ingat filem gangster macam tu)

Selain dari susunan cerita yang menarik, filem ni sentuh kepada realiti kes-kes penculikan yang berlaku. Yang paling real saya rasa adalah orang-orang terlibat tu nampak biasa dan tak nampak gaya gangster pun.

Dari tempat asuhan yang saya ingatkan memang taska tapi rupanya memang tempat letak anak-anak yang kena culik. Kemudian pengusaha ternakan ayam yang nampak macam pakcik makcik normal, borak pasal jual budak macam tak ada apa.

Kita tak boleh tahu/kenal seseorang tu buat jenayah culik or jual budak sebab orang jahat tak nampak macam jahat pun. Itu yang buatkan filem ni terasa real serta menakutkan bagi saya.

Selain dari itu hubungan antara si bisu, adik dia dan budak yang kena culik tu juga penarik utama dalam filem ni.

Penulis: Khairil Kamarudin
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang