Himura Kenshin adalah seorang samurai lagenda yang kenali sebagai Hitokiri Battōsai (penyembelih manusia) berkhidmat dan berfungsi sebagai pembunuh yang membawa bermulanya Meiji Era di Jepun.
Kira dia ni pro-revolusi, yang menyokong kerajaan baru.
Ketika perang terakhir, Meiji telah diumumkan menang, lalu Kenshin telah bersumpah untuk tidak membunuh lagi. Dengan serta merta dia telah meninggalkan katana miliknya di tengah-tengah hutan.
Katana itu dikatakan penuh dengan jeritan beribu-ribu musuh yang mati, telah di kutip oleh seorang samurai bernama Jin-E. dan telah menyerap 1 tenaga yang luar biasa.
Masa berlalu, dengan mengunakan sebilah katana dengan mata terbalik (yang tajam menghala kebadan sendiri) yang bernama Sakabatō, Kenshin telah menjelajah dari bandar ke bandar seluruh Jepun membawa gelaran Rurouni yang bermaksud (wanderer/tanpa hala tuju) membantu mereka yang memerlukan dan akhirnya tiba di Tokyo.
Kenshin telah bertemu dengan Kaoru, seorang pemilik dojo (kelas berlatih pedang). Kaoru sedang mencari seorang pembunuh yang telah mengunakan nama ayahnya yang telah meninggal dunia.
Dia ingin membersihkan nama dojo miliknya. Pada ketika itu di Tokyo sedang hangat dengan pembunuh misteri yang membawa nama bapa Kaoru dan juga mengelar dirinya Hitokiri Battosai.
Saito, seorang bekas pejuang yang pernah bersama Kenshin (kini seorang polis) menjalankan siasatan kerana dia yakin itu bukan kerja Kenshin.
Dia sangat yakin yang si penjenayah adalah dikalangan pembunuh upahan milik seorang ahli peniagaan yang bernama Kanryu.
Saito juga telah bertemu dengan Kenshin dan ingin meminta Kenshin membantu dalam siasatanya, tetapi Kenshin tidak mahu terlibat lagi.
Kanryu menjalankan bisnes menjual opium. Dikalangan pekerjanya adalah Megumi, seorang waris dari keluarga yang terkenal dengan kemahiran membuat ubat-ubatan.
Megumi telah melarikan diri kerana takut selepas menyaksikan rakan-rakannya dibunuh oleh konco-konco Kanryu.
Salah seorang dari konco Kanryu adalah Jin-E (mamat yang ambil pedang Kenshin), telah pergi mencari Megumi. Dalam pencarian itu dia telah terserempak dengan Kaoru…
Kaoru, acah-acah yakin telah menyerang Jin-E, tersungkur kerana tidak mahir dan telah mendapati, Jin-E yang mengunakan nama bapanya, untuk memburukkan nama dojo itu kerana tanah itu ingin di rampas Kanryu.
Mujur Kenshin telah menyelamatkan Kaoru dan polis pun tiba dan mereka telah lari dari situ.
Megumi yang melarikan diri telah meminta tolong dengan Kaoru, dan bersembunyi di dojonya. Satu hari datang seorang pembunuh upahan dan meracun sumber air di situ, ramai yang telah jatuh sakit.
Megumi berasa bersalah, kerana dia tahu yang pembunuh upahan itu datang kerana dia kerana Kanryu nak Megumi pulang segera dan berkerja untuk membuat opium semula.
Megumi telah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah Kanryu. Tindakkan bodohnya ingin membunuh Kanryu telah menyebabkan dia ditangkap.
Kenshin telah bergegas ke rumah Kanryu, dengan bantuan Sanosuke (si pembawa pedang gergasi), dan terpaksa melawan 250 orang pengawal keselamatan yang ada termasuk pembunuh upahan.
Di satu bilik, Kanryu telah bersembunyi dengan 1 unit Gatlling Gun, Kenshin dan Sanosuke buntu kerana mereka belum pernah melihat senjata yang besar seperti itu.
Muncul Saito, dan telah menerangkan cara mengalahkan Kanryu. Setelah Kanryu dibelasah, Kenshin telah mendapatkan Megumi, dan Megumi telah memberitahu Kenshin yang nyawa Kaoru dalam bahaya. Kaoru telah diculik oleh Jin-E.
Babak terakhir,dengan berbekalkan pedang terbalik pelik miliknya, Kenshin telah berlawan dengan Jin-E.
Jin-E telah menyerang Kaoru dengan sihir dan Kaoru ada 2 minit sahaja untuk hidup. Kenshin dengan masa yang singkat, perlu mengalahkan Jin-E, hanya itu dapat meneurtralkan sihir pada Kaoru.
Diakhir-akhir waktu, Kenshin berjaya mengalahkan Jin-E, walau telah bersumpah untuk tidak membunuh, Kenshin membalikkan pedangnya untuk membunuh Jin-E.
Kerana terpaksa, tetapi dihentikan oleh Kaoru. Rupanya Kaoru telah berjaya bebas dari sihir secara alami, dengan semangat yang kuat untuk hentikan Kenshin dari jadi pembunuh semula.
Kaoru dapat bernafas semula dan pengsan. Jin-E yang telah kalah, telah membunuh diri dengan cara harakiri.
Di akhir filem ini, Kenshin masih berada di dojo milik Kaoru, bersama Megumi & Sanosuke
Movie Title : Rurouni Kenshin Part 1 : The Origin
Status : SPOILER ALERT !
Release : 2012
My Rating : 8/10
Genre : History, Fighting, Action Sword Fighting, Samurai, Blood & Gore
Penulis: Razak Majid
Sumber: Group Layan Wayang