Search
Search
Review Filem | Break – 2019

Review Filem | Break – 2019

Break (2019)

Mengisahkan 5 sekawan yang memilih untuk pergi ke sebuah gunung pelancongan untuk menyambut ketibaan tahun baru. Untuk ke puncak gunung, mereka berlima haruslah menaiki kereta kabel. Ketika mereka hendak naik kereta kabel, ada sedikit masalah. Apabila beg salah seorang dari mereka, Kirill hilang menyebabkan Kirill memilih untuk tidak menaiki kereta kabel di samping Kirill ada sedikit masalah dengan teman wanitanya yang turut berada di dalam kereta kabel itu.

Kini hanya 4 sekawan yang menaiki kereta kabel itu. Hinggalah muncul malapetaka. Iaitu penjaga kereta kabel terjerut leher pada tali sawat yang menyebabkan kereta kabel berhenti bergerak. Dengan ketinggian hampir 100 meter dan cuaca sejuk sangat ektrem itu ancaman yang mereka perlu tempuhi.

Krisis mula berlaku apabila timbul persengketaan sesama mereka yang saling menyalahkan sesama sendiri. Kirill yang tidak sedap hati kembali ke tempat kejadian.

Mampukah Kirill menyelamatkan teman wanita dan kawan-kawannya?

Penulis: Ahmad Shari Sancho
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang