Search
Search
Don’t Breathe 2 – 2021

Don’t Breathe 2 – 2021

Hey guys! Bagi yang belum layan DON’T BREATHE 2 (2021) kini anda boleh layan di Netflix ya! Boleh la ulang2 tengok banyak kali bagi yang dah ada Netflix tu.

Don’t Breathe 2 ini merupakan sekuel kepada Don’t Breathe pada 2016 lakonan pelakon veteren hebat Stephen Lang.

Bagi yang belum lagi layan filem ini..nahh sis bagi sedikit ringkasan plot filem dan reviewnya:-

Dalam sekuel ini, Stephen Lang masih melakonkan watak brutalnya sebagai “Blind Man”. Blind Man seorang bekas askar telah buta adalah seorang yang berhati kering dan berdarah dingin, tiada siapa pun yang akan terlepas dari cengkamannya sekiranya mencari masalah dengan dia.

Kalau di filem pertamanya Blind Man harus melindungi sejumlah wang yang disimpan dalam peti besi dirumahnya dari dirompak oleh 3 orang remaja yang memecah masuk rumahnya, kali ini Blind Man harus melindungi anak kecil perempuannya dari diculik oleh sekumpulan villain.

Blind Man cukup terkenal dengan “survival dan combat skill” yang tidak dimiliki oleh mana-mana musuhnya pun. Segala tindak tanduknya juga sukar diramalkan oleh musuhnya.

Namun kenapa penculik tersebut menyasarkan anak perempuannya? Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Blind Man dari anak perempuannya selama ini?

Review ringkas:-

Bagi sis, sis masih suka filem pertamanya kerana plotnya lebih misteri, lebih thriller dan lebih ganas cara dia “kerjakan” musuh-musuhnya. Banyak aksi-aksi “Peekaboo” yang cukup membangkitkan suasana suspennya.. terasa lebih ngeri dan seram dari menonton filem horror yang sebenar.

Apupun yang sekuelnya tetap dan masih menghiburkan dan bagi peminat Stephen Lang, sudah pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk melihatnya beraksi semula di sekuelnya ini.

Don’t Breathe 9/10
Don’t Breathe (2) 8/10

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber:
Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang