Search
Search
Review Filem | For The Emperor – 2014

Review Filem | For The Emperor – 2014

TIK*M, BUN*H DAN BABAK S*X!!

(better jangan tengoklah bulan puasa ni)

TAJUK : FOR THE EMPEROR (2014)

GENRE : #action #Crime

PLATFORM : VIU

RATING : 6.9/10 ( MyDramaList )

SINOPSIS :

Filem ini dibuka dengan babak sekumpulan lelaki termasuk watak utama bersenjatakan pisau di tangan masing-masing, menyerang sebuah tempat kediaman. Habis semua kat dalam tu kena pukul dan kena tikam sampai mati.

Kemudian filem ni pergi kepada permulaan kisah watak utama. Seorang bekas pemain baseball professional yang dibuang kerana didapati terlibat dalam mengatur/memanipulasi match. Dia punya kejatuhan tu sampai tahap jadi gelandangan.

Sejak dari tertangkap waktu nak dapatkan duit bayaran, dia mula terlibat dengan sebuah kumpulan samseng/lintah darat apabila disuruh pergi kutip duit hutang dari orang lain untuk setelkan hutang dia.

Dari situ kepala samseng ni berminat nak ajak dia join diorang sebab dia ada potensi. (dia ni memang power gaduh, konco2 samseng tu pun sampai masuk wad dia tibai sorang2)

Sehinggalah pada suatu hari dia berkenalan dengan seorang wanita cantik dan seksi dari sebuah kelab hiburan…

Mudah cakap filem ni tunjuk macam mana dari seorang yang ada kerjaya professional, mula terlibat dengan jenayah dan makin lama dia makin hanyut dalam dunia tu.

Bagi peminat filem tentang jenayah yang banyak aksi gaduh2 memang sesuai tonton. Lagi2 style street fight korea yang memang terkenal dengan gaya gaduh bersepah/tak kemas dan tak berjurus ni. Saya memang suka sebab terasa real.

Cumanya ini pertama kali saya tengok filem korea di Viu yang agak open. Babak sxx dan nudity memang ada dan tak bertapis. Jadi sebab saya dah tertengok, saya tak nak la galak korang tengok. Kalau nak tengok juga tunggu la raya nanti time setan dah lepas. (at least time tu kalau terbuat dosa bolehlah salahkan setan balik macam biasa)

PanggungWayang