Search
Search
Review Filem | Heart Surgeons – 2018

Review Filem | Heart Surgeons – 2018

DRAMATIK, PENUH PERGOLAKKAN, INTENSE, DIMANIPULASI, DISKRIMINASI, DENDAM!!

“Salah satu medical Kdrama TERBAIK! “

Tajuk: Heart Surgeons (2018) Viu Malaysia

Genre: Medik, Drama Suspen, Politik, Emotional

Plot penceritaan yang amat menarik dan mencengkam emosi kerana ia adalah gabungan kisah tentang perubatan, politik serta korupsi hospital, dilema moral serta konflik yang harus dihadapi para perawat dan pakar setiap hari di sebuah hospital ternama, Hospital University Taesan.

Klimaks drama ini bermula dengan situasi..dilema 2 doktor untuk memilih pesakit manakah yang patut diberikan satu-satunya jantung yang ada ketika itu..seorang VVIP, BAKAL PRESIDEN, seorang lagi rakyat marhaen KANAK-KANAK PEREMPUAN kerana kedua-dua sedang berusaha untuk mendapatkan 1 jantung pada hari yang sama.

2 doktor pakar jantung terbaik yang berhadapan dengan konflik emosi…

Doktor Choi seok-han (lakonan Uhm Ki-joom) yang pernah menjadi mangsa diskriminasi dan dimanipulasi sehingga menyebabkan kematian satu-satunya anak perempuannya. Sejak itu dia mula berubah dan berjanji akan membalas dendam terhadap kematian anaknya serta ketidakadilan yang diterimanya.

Doktor Park tae-soo (lakonan Goo-soo) seorang pakar jantung Junior dibawah jagaan Seok-han harus berhadapan dengan hakikat bahawa kematian ibunya adalah disebabkan permainan politik antara Choi seok-han dan orang atasan mereka.

Berbezaan 2 personaliti dan visi mereka dalam drama sebanyak 32 episod antara dua pelakon hebat ini membuatkan para peminat genre sedemikian pasti tidak berkedip mata menanti apakah aksi-aksi dan tindakan mereka untuk mempertahankan tujuan dan prinsip mereka sebagai doktor pakar jantung.

Drama ini juga banyak memaparkan kisah-kisah yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua terutama kepada mereka yang berada di dalam bidang perubatan.

Agak-agak..Doktor Choi Seok-han akan tetap meneruskan usaha dia untuk membalas dendam, meneruskan permainan politik orang atasannya atau memilih untuk menyelamatkan nyawa pesakit mereka??

HIGHLY RECOMMENDED!!

Sis suka! Sis suka! 10/10

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang