Search
Search
Review Filem | Insane – 2016

Review Filem | Insane – 2016

Sis up semula review ini kerana pasti ramai lagi yang belum layan filem BEST dan MIND TWIST dari Korea ini..

BEST RECOMMENDED & BERBALOI YA AMAT UNTUK DITONTON!!

(9/10)

Tajuk: INSANE (2016)

Genre: #thrillerpsycho #mystery

Platform: Amazon Prime

Menonton filem ini akan turut sama membuatkan kita jadi “INSANE” (bermaksud GILA) sekejap.. sesuai sangat dengan tajuk dia kerana “PLOT TWIST” yang disajikan pasti membuatkan kita terpinga-pinga. Nak tahu kenapa? Silalah layan.

Sis share ringkasan sub-plot dia:

Wanita dalam poster ini dituduh gila, dikurung di rumah sakit jiwa dan disiksa!! Wanita itu adalah Soo Ah.. dia menjadi keliru, depresi dok fikir kenapa nasib dia jadi macam itu?!

Untuk mengingatkan siapa dirinya dan setiap kejadian yang menimpa dirinya di rumah sakit jiwa itu, sebelum dia benar² menjadi gila..Soo Ah membuat satu jurnal harian dan menulisnya secara diam².

1 tahun pun berlalu…muncul pula mamat bernama Nam-soo (lakonan Lee Sang-yoon), dia ditugaskan untuk membuat liputan kisah misteri tentang kebakaran yang berlaku di rumah sakit jiwa yang pernah didiami oleh Soo Ah.

Di sana, Nam-soo terjumpa jurnal milik Soo Ah. Nam-soo sangat terkejut setelah membacanya dan dia tertarik untuk merungkai misteri catatan di dalam jurnal tersebut. Dari situ, Nam Soo mendapat tahu yang Soo Ah masih hidup tapi kini berada di penjara bukan lagi di rumah sakit jiwa.

Maka bermulalah drama² penyiasatan dan macam² peristiwa aneh berlaku sepanjang itu sehingga Nam-soo semakin terjerumus jauh kerana begitu obsess untuk merungkai misteri kehidupan dan masa lampau Soo Ah sebelum itu. Namun apa yang Nam-soo tidak ketahui adalah ……..jeng!! Haa.. anda perlu sambung tonton sendiri tau!

Kisah dalam filem ini cukup menarik hingga mampu membuatkan penonton rasa terpegun dan berteka-teki. Permulaan cerita yang agak dramatik dan drastik kemudian pacing plot pun mula slow sedikit apabila sampai ke babak pengenalan Nam-soo..dan KEMUNCAK PLOT semakin menarik dan mengelirukan juga selepas babak dimana Nam-soo jumpa Soo Ah.

SERIUS!! OMG!! Twist dia..APAKAH?!.. Anda perlu fokus baru faham kenapa dan bagaimana ending dia boleh jadi macam itu.

Sedikit sahaja anda “tergelincir” pasti anda akan terpinga-pinga mencari jawapannya kerana Twist yang disajikan benar-benar mencabar minda kita. Sis sendiri kena ulang 2x untuk beberapa babak barulah dapat cantum semula teka-teki yang bermain dengan minda dan emosi kita.. haaa giteww. Pendek kata filem ini memang “MIND TWIST” and gonna “BLOW YOUR MIND”.. memang syiokkk ahh!!

Filem ini pernah ada di YOUTUBE masa bulan October tahun 2021 (on my 1st review), tadi searched semula dah tak jumpa maybe dah kena delete. Jadi bagi yang layan filem ini anda kena goggle search taip tajuk penuh filem untuk cari di sumber lain ya Dan minta maaf sis tak dapat nak bagi apa-apa l!nk movie kerana peraturan group No 6 yang WAJIB dipatuhi.

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang