Search
Search
Review Filem | Kim Ji Young : Born 1982 – 2019

Review Filem | Kim Ji Young : Born 1982 – 2019

KIM JI YOUNG : BORN 1982

Filem ni Berdasarkan novel “82nyeonsaeng Kimjiyoung” oleh Jo Nam-Joo (terbitan 14 Oktober 2016 oleh Minumsa). Menceritakan kisah realiti kehidupan wanita zaman ,tekanan perasaan , diskriminasi jantina, kata kata dari mulut yang jahat boleh membunuh jiwa seseorang.

Kim Ji Young seorang wanita jelita dan bijak yang hidup dalam keluarga yang “mengagungkan lelaki”. Anak perempuan kena tahu buat kerja rumah. Mak nya berhenti sekolah untuk menanggung abangnya belajar. Mak nya juga diminta oleh mertuanya untuk melahirkan lebih ramai anak lelaki. Di tempat kerja Kim Ji Young, berlaku diskriminasi jantina. Wanita bekerja dipelecehkan kerana nanti anak akan terabai, suka memberontak. Anak anak perlu dijaga oleh ibu mereka di rumah.

Kim Ji Young sewaktu berkahwin dan masih belum punya anak di desak oleh mertuanya untuk cepat dapatkan anak. Bila ada anak, dia tak bekerja, uruskan anak, suami dan rumah. Suaminya baik, selalu menolong isterinya. Tetapi bila dirumah mertua, suaminya tak boleh buat kerja rumah, nanti di marah mertua. Setiap kali raya kena balik ke rumah mertua, jika tak akan diperli katanya Kim Ji Young yang menghasut tak nak ke sana. Di rumah mertua, buat kerja tanpa seolah tiada hari esok. Bangun awal pagi, tiada rehat. Bila kakak iparnya datang, disuruh hidangkan minuman untuk kakak iparnya. Kakak ipar nya mengadu dia letih buat kerja dirumah ibu mertuanya. Mak mertua Kim Ji Young menyuruh anak perempuan nya berehat tetapi disuruhnya Kim ji Young buat kerja tanpa rehat. Hal ini menyebabkan mental Kim Ji Young sakit. Badan penat, mental penat dan dia mula berubah menjadi ibu kandung nya, Mi Sook. Dia tiba tiba memarahi mertua nya, membuatkan semua orang terkejut.

Apa yang jadi seterusnya?? Kena la tengok filem ni. Filem ni bagus, dia cerita pelbagai sudut punca yang akan membuatkan seorang wanita tertekan, tanggapan masyarakat dan keluarga bila tahu Kim Ji Young sakit. Emosi saya tengok filem ni. Macam macam perasaan hadir masa tengok filem ni..

*bahagia tu kita yang cipta, bila berada dalam suasana yang toksik, kita sendiri yang perlu cari jalan untuk keluar dari situ, sokongan orang tersayang amat penting. Kesihatan mental jangan dibuat main..

Filem ni dilakonkan oleh Gong Yoo dan Jung Yu Mi.

Saya tengok kat IQiyi.

Penulis: Puan Zuera
Sumber: 
Facebook

PanggungWayang