Search
Search
Review Filem | One Way Trip – 2015

Review Filem | One Way Trip – 2015

PERCUTIAN YANG MENGUBAH HIDUP!!

TAJUK : ONE WAY TRIP (2015)

GENRE : #drama #crime

PLATFORM : VIU

RATING : 7.8/10 ( MyDramaList )

Sinopsis :

Empat orang lelaki muda sedang melarikan diri dari polis yang tengah mengejar diorang. Diorang mula berpecah dan sewaktu tengah berlari ke arah jalan tiba-tiba salah seorang dari mereka dilanggar oleh sebuah kenderaan dan kenderaan itu cabut lari.

Sewaktu rakannya yang kritikal dibawa ke hospital untuk dirawat, mereka yang tertangkap oleh polis mula diminta untuk memberikan keterangan tentang apa yang telah berlaku kepada mereka berempat. Polis cuba untuk mendakwa mereka kerana mereka telah disyaki membunuh.

Kisahnya 4 orang rakan ini pergi bercuti ke kawasan pantai kerana salah sorang yang mereka bakal sertai tentera pada keesokan harinya. Tengah mereka minum-minum dan santai-santai menikmati udara malam tiba-tiba salah seorang dari mereka ternampak seorang wanita dipukul oleh seorang lelaki.

Mereka masuk campur dan cuba untuk selamatkan wanita itu namun…

*Geram dan stress juga layan filem ni. Yang pasti point utama dia nak cakap hidup ni memang tak adil. Arghh!

PanggungWayang