Search
Search
Review Filem | Pan’s Labyrinth – 2006

Review Filem | Pan’s Labyrinth – 2006

Pan’s Labyrinth

Overal scoring 9/10

Filem ni bukan untuk semua orang.

Walau pun filem ni dah lebih 10 tahun berlalu tapi filem ni betul2 bagi kesan yang mendalam kat dalam hati sampai sekarang. Touching gilerr beb!! Aku baru jer dapat kesempatan tonton filem tahun ni so agak ketinggalan lah. Mula2 ingatkan filem ni mcm filem fantasi pengembaraan Disney macam ala2 Alice in Wonderland dan hujung2 sekali mesti happy ending. Tapi bukan untuk filem Pan Labyrinth. Kali ni pengarah Guillermo del Toro betul buat kelainan dan bagi ending yang sangat mendalam menusuk jiwa beb.

Apa yang aku nak katakan filem ni dia punya ending SAD! SAD! SAD ENDING!!! WHAT A CRUEL WORLD!!! ye filem ni dia tunjukkan betul realiti dunia yang penuh kekejaman sesama manusia disamping menyelitkan unsur sejarah Sepanyol dan fantasi ala2 Alice in Wonderland atau Narnia. Dah filem kejam dan sedih dia punya music soundtrack memang tangkap leleh beb! Aku tengok filem ni pada mula sampai pertengahan aku tertanya2 apahal lagu latar dia sedih sangat??? Bila dah tengok sampai habis baru tau kenapa lagu dia touching giler. Tipu lah yang jiwa2 kental kat sana cakap filem ni tak touching bagi dia. Lagu dia yang magnificent dan masterpiece ni telah banyak diambil ke dalam drama2 Melayu kat Malaysia ni tanpa korang perasan. Aku pun dulu2 bila tertengok drama Melayu kat TV jadi terkejut dengar lagu music background yang ala2 masterpiece ni. Walau pun dengar bunyi suara humming jer pun dah menangkap jiwa dan fikiran.

Aku bagi 5 bintang untuk filem ni sebab filem ni ada latar cerita yang kuat dan music score yang paling kena dengan keadaan filem ni. Antara filem Sepanyol paling terbaik sepanjang zaman yang pernah aku tengok. No wonder dapat anugerah Academy Award! Aku tak nak tulis sinopsis filem ni kat sini sebab nanti jadi spoiler kepada yang masih tak nak tengok filem ni. Cuma aku nak beritahu filem ni lebih kepada pengembaraan budak perempuan nama Ofelia yang cuba mcm2 cara nak masuk alam fantasi tapi dah banyak perkara pelik dan kejam dah jadi kat dunia nyata dia tambah2 lagi dapat bapak tiri kejam gila tahap dewa. Jom dengar lagu music score dia yang mantap! Memang tak boring dengar.

Korang tengoklah sendiri apa konklusi sebenar filem ni. Tak nyesal tengok weyyyy!!

Penulis : Hider Hasbi
Sumber : Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang