Search
Search
Review Filem | Spiderman Far From Home – 2019

Review Filem | Spiderman Far From Home – 2019

SPIDERMAN FAR FROM HOME (2019)

Asyik cerita pasal Doctor Strange je. Aku nak review pula filem favourite aku ini. Filem kedua spiderman dalam MCU. Filem ni sangat chill dan kids friendly. Kalau nak bandingkan dengan filem No Way Home, filem ini lagi bagus dari segi jalan cerita.

Filem ini mengisahkan pasca filem Avengers Endgame selepas Tony Stark mati dan Peter Parker melalui kehidupannya selepas filem Endgame. Dia ikut trip sekolah pergi melancong ke beberapa negara Eropah dan diancam dengan ancaman makhluk aneh “Elemental” yang mengancam bandar besar. Memang struggle Spiderman yang superpower dia hanya reti berhayun dan panjat dinding nak melawan makhluk raksasa seorang diri namun dia diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Quenting Beck aka Mysterio dan Mysterio berjaya “mengalahkan” makhluk Elemental tersebut. Namun Peter Parker menyedari terdapat konspirasi yang diatur dengan teliti membabitkan serangan Elemental dengan dikaitkan dengan Mysterio.

Filem ini santai-santai sahaja. Kalau nak kata filem ini full comedy pun boleh. Ia tak bermain dengan emosi seperti No Way Home. Storyline filem ini lebih kemas kalau nak dibandingkan dengan filem Homecoming dan No Way Home kerana lebih memamarkan adventure Peter sebagai Spiderman yang “bekerja” sebagai superhero di bawah pemantauan Nick Fury (Sudah tentu bukan Nick Fury yang sebenar).

Filem ini menjamu mata penonton dengan memaparkan tempat-tempat menarik di sekitar eropah. Ianya seolah-olah membawa kita melancong bersama mereka.

Villain filem ini iaitu Quenting Beck/Mysterio memang jauh berbeza dengan villain spiderman yang lain. Dia punya jahat tu bukan jahat yang menakutkan tetapi jahat yang buat orang lain rasa nak maki dia. Sangat licik,otak penipu dan busuk hati. Dia pandai memanipulasikan keadaan. Teruk Peter Parker kena main dengan dia. Dia memang tak ada kuasa pun.

Bahkan suit Mysterio pun dia tak pakai secara fizikal. Dia hanya memanipulasikan hologram dan teknologi dron dari Stark Industries untuk menghuruharakan keadaan. Bahkan selepas kematianya pun,masih menghuruharakan hidup Peter Parker apabila mendedahkan identiti sebenar dia kepada umum dan konflik ini membawa kepada sequel terus iaitu filem pecah panggung pasca pandemik, Spiderman No Way Home.

Watak Peter Parker/Spiderman memang santai. Trouble maker yang menimbulkan masalah dan dia juga yang menyelesaikan masalah yang dia buat. Tapi filem ini tak boleh salahkan dia. Nick Fury pun boleh tertipu dengan Mysterio ( sudah tentu lah bukan Nick Fury yang sebenar).

Filem ni kalau layan berulang kali pun ok sebab memang sangat santai. Tak berat nak fikir walaupun ada part yang thriller tapi semua sedia maklum sebab siapa punya dalang disebalik yang kekononnya misteri itu. Sudah tentu itu kerja main villain si Mysterio.

Rating peribadi 8.5/10

Penulis: Muhammed Haikal Zainuddeen
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang