Search
Search
Review Filem | The Maid – 2005

Review Filem | The Maid – 2005

TAJUK: THE MAID (2005)

PLATFORM: YOUTUBE

Masyarakat Cina di seluruh dunia percaya yang PINTU NERAKA akan dibuka dan semua roh-roh akan keluar daripada alam kubur atau alam ghaib ketika “PERAYAAN BULAN HANTU”.

Sebuah kisah yang sangat menarik! “THE MAID” ini adalah tentang Rosa Dimaano, 18 tahun (lakonan artis mix dari Filipina/Itali Alessandra de Rossi), dari Filipina yang baru sahaja tiba di Singapura dan bekerja sebagai orang gaji di rumah keluarga Teo, sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak lelaki yang mental.

Kebetulan ketika kedatangan Rosa di Singapura, jatuh pada “BULAN HANTU”. Kerana kecuaiannya dan kenaifannya, Rosa telah melanggar salah satu pantang larang Bulan Hantu tersebut.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina yang beragama Tao, PINTU NERAKA akan dibuka pada hari pertama bulan July dan semua roh-roh yang bebas dan mencari makanan yang dipersembahkan kepada mereka. Bukan itu sahaja, roh-roh ini juga akan keluar mencari dan membalas dendam terhadap mereka yang pernah berbuat jahat kepada roh-roh ini sebelum mereka mati.

Hari kedua dia bekerja, dia telah menyapu sisa baki dari bahan persembahan yang dibakar untuk menyambut Pesta Bulan Hantu di hadapan rumah majikannya. Rosa dimarahi oleh majikannya kerana tindakannya itu akan membawa “SIAL” dan “NASIB BURUK” kepadanya. Sejak peristiwa itu, Rosa mula dihantui pelbagai penampakan yang menakutkan. Makan, tidur, kerjanya semuanya terganggu.

Suatu hari, dia didatangi oleh seorang wanita yang juga merupakan orang gaji di rumah jirannya. Wanita tersebut kelihatan agak ketakutan setiap kali ternampak Rosa. Dan akhirnya satu hari Rosa dapat juga berbual sekejap dengan wanita itu dan ternyata dirumah majikan Rosa tersimpan satu rahsia yang sangat menakutkan! Saat ketika wanita itu belum habis memberi amaran kepada Rosa, wanita itu seolah-olah telah dirasuk hantu, kemudian lari ke bangunan tinggi dan terjun untuk bunuh dirinya.

APAKAH RAHSIA YANG SANGAT MENAKUTKAN YANG DIKATAKAN OLEH WANITA YANG TELAH BUNUH DIRI ITU KEPADA ROSA?? Sis sarankan anda tonton sendiri filem ini untuk mengetahui kisah selanjutnya dan bagaimanakah nasib Rosa akhirnya nanti.

Filem arahan Kelvin Tong dari Singapura ini sememangnya layak menjadi salah satu tontonan yang wajib kepada peminat filem-filem seram supernatural terutamanya. Sis beri 8/10 untuk jalan ceritanya yang menarik dari mula hingga akhir.

Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang