Search
Search
Review Filem | The Mimic – 2017

Review Filem | The Mimic – 2017

TIRU SUARA ORANG MATI~

(kalau terdengar, maknanya ‘dia’ dah dekat)

TAJUK : THE MIMIC (2017)

GENRE : #horror #Thriller

RATING : 83% ( Rotten Tomatoes )

PLATFORM : VIU

Sinopsis:

Seorang lelaki memandu sebuah kereta menuju ke hutan. Bersamanya seorang wanita yang nampak seperti ketakutan. Sedang kereta tersebut meluncur laju tiba-tiba ia terlanggar sesuatu yang tercampak ke cermin kereta. Cermin kereta retak dan ada tompokan darah.

Lelaki tu berhenti dan cuba lihat apa yang dilanggarnya tadi. Seekor anjing sudah nyawa2 ikan di atas jalan. Walaupun wanita itu melarang, lelaki itu tetap bertegas untuk mengambil anjing itu. Apabila dia buka bonet untuk letak anjing tersebut didapati ada seorang wanita lain yang diikat dalam bonet. Anjing yang hampir mati itu diletak sebelah wanita yang sedang meronta itu.

Mereka kemudian tiba di sebuah pintu gua yang sudah ditutup dengan tembok batu bata. Lelaki tu cuba untuk pecahkan sedikit tembok tersebut supaya dia dapat letak mayat perempuan yang baru dibunuh tadi dengan anjing tu sekali dalam tembok tersebut.

Apa yang dia tidak tahu, rupanya dia telah tidak sengaja membebaskan satu makhluk yang boleh meniru suara orang mati untuk mengumpan mangsanya…

Penulis: Khairil Kamarudin
Sumber: 
Facebook Movie Lovers Malaysia

PanggungWayang