Search
Search
Review Filem | The Secret Scandal – 2013

Review Filem | The Secret Scandal – 2013

THE SECRET SCANDAL (2013)

Masih ingatkah kisah seorang aktress popular dari Korea Selatan yang mati bunuh diri sekitar tahun 2009? THE SECRET SCANDAL merupakan sebuah filem yang mengangkat kisah hidup mendiang Jang Ja-yeon yang penuh tragis.

Tenggelam dan karam dalam dunia glamour yang penuh kepalsuan!

Filem ini mendedahkan skandal jahat, pencabulan ke atas artis-artis wanita, paksaan melakukan hubungan terlarang demi mencapai kemahuan mereka.

Seorang aktres wanita ditemui mati bunuh diri! Kes kematiannya ditutup begitu sahaja, tiada pembelaan. Muncul seorang peguam dan wartawan muda memperjuangkan nasib mendiang aktres berkenaan.

Sungguh jijik dan memualkan setiap pendedahan yang dipertontonkan!

Taikun perfileman, orang kenamaan dari pelbagai status sosial terlibat menghancurkan wanita ini dan menjadikan batang tubuhnya sebagai santapan nafsu iblis mereka!

Tidak sesuai untuk tontonan umum.

Ada beberapa adegan sanggama.

Sayang ye, issue untuk filem ini sangat menarik, tapi ada sesuatu yang kurang. Kategori boleh layan.

Penulis: Shukr Shukr
Sumber: 
Facebook

PanggungWayang