BERDASARKAN KISAH BENAR
#Netflix #Repost #Seram #turki
Mengikut bahasa Turki dan Islam, Dabbe bermaksud “yang berjalan di bumi”. Ia adalah kisah yang berdasarkan kehidupan JIN yang telah ditipu oleh dua orang kampung dan kerana perbuatan salah mereka, anak perempuan mereka dijerat ke dalam perangkap JIN itu dan kisah ini menunjukkan bagaimana JIN itu merancang untuk membalas dendam atas perbuatan salah bapa mereka.
Filem ini anda masih boleh tonton di NETFLIX. Namun bagi yang tiada kekuatan jiwa untuk menonton filem ini, boleh baca sebahagian KISAH BENAR DARI TURKI bertajuk DABBE: THE CURSE OF JINN (2013) di pautan ini untuk lebih memahami kisah Dabbe ini di https://movieloversmy.com/kisah-benar-dari-turki-dabbe…/
REVIEW:-
Bukan semua ada citarasa yang sama. Untuk sesetengah orang definisi seram tu mungkin kenalah betul² seram..Walhal ia sgt subjektif..seram membawa banyak faktor so macam juga dalam filem ini, sebab ia berkonsepkan “Found Footage”, jadi segala peristiwa dan lakonan yang dilakon semula memang sangat REALISTIK! Bagi sesetengah orang filem ini mungkin tidaklah seram mana pun, tapi jalan ceritanya cukup menarik untuk memberikan cetusan emosi yang naik turun.
Dan seperti yang kita sedia maklum dan kepada peminat filem-filem seram berasal dari Turki yang berdasarkan kisah benar, kisah-kisah yang diceritakan kebanyakkannya mempunyai “pacing story” yang agak perlahan. Ini adalah kerana ia mengfokuskan lokasi-lokasi sebenar yang sememang penuh dengan keberadaan makhluk ghaib yang mengerikan (bila ia digunakan untuk tujuan yang salah contohnya untuk amalan sihir).
Ironinya kejadian-kejadian ini berlaku di kawasan kampung Turki yang terpinggir dari mata dunia, kawasan yang kurang sangat penduduknya. Bagi sis, filem ini memiliki identitinya tersendiri, unik dan menarik. Dari perspektif Islam pula, penulis telah mendalami kisah ini sebelum ia difilemkan yang mana ia dikaitkan dengan al-Quran, kiamat, sihir dan numerologi dan semua ini sememangnya berkait rapat dengan kehidupan kita.
Untuk filem ini sis berikan 8/10.
AMARAN
Tidak digalakkan menonton bersama anak² kecil, yang lemah semangat, ibu-ibu mengandung dan yang ada masalah “Klaustrophobia” Yang pasti filem ini bukan untuk semua orang. Tonton atas risiko sendiri.
Penulis: Aireen Jualbagz Jaybee
Sumber: Facebook Movie Lovers Malaysia