Search
Search
Raw / Beast – 2022

Raw / Beast – 2022

Veera merupakan ahli terhebat dalam pasukan RAW, namun dia telah membunuh seorang kanak-kanak ketika dalam misi terakhirnya untuk menangkap penjenayah

Selepas berehat panjang, Veera menyertai syarikat penyedia pengawal keselamatan yang hampir gulung tikar disebabkan ketiadaan job dari mall sekitar chennai.

Veera dan bos syarikat pergi ke sebuah mall untuk memohon dipanjangkan kontrak. Namun Veera merasakan ada sesuatu yang aneh sedang berlaku di mall tersebut.

Rupa-rupanya ada komplot hijacking sedang berlaku untuk membebaskan penjenayah pakistan yang ditangkap dan ditahan di penjara India.

Hijacking yang diketuai oleh Umar Saif menjadikan orang awam sebagai tebusan dengan pertukaran pembebasan abangnya Umar Farouq.

Namun, Veera yang berada dalam mall tersebut membuat perancangan rapi untuk menumpaskan penjenayah tersebut.

Selepas beberapa percubaan untuk menyelamatkan tebusan menghadapi kegagalan, veera akhirnya menyerah diri dan Umar Farouq berjaya dibebaskan semula ke Pakistan.

Rilek, plot twist mesti ada. Ketika Umar Farouq meneruskan aktiviti jenayah di paksitan, Veera berjaya menyamar dan menangkap Umar Farouq di kubunya sendiri.

Selebihnya korang tengok sendiri

Kenapa aku suka filem ni?

1. Pelakon utamanya Vijay, ni sebab utama aku tengok. Haha

2. Jalan cerita kelakar. Aku tak tahu filem ni masuk kategori mana. Nak kata action tak serius sangat, lebih kepada kelakar. Funny-action-thriller maybe?

3. Pelakon pembantu yogi babu & redin kingsley menjadikan jalan cerita ni lebih kelakar. 2 mangkuk ni kalau ada memang comfirm lawak

4. Jalan cerita yang sangat kreatif & perfect bagi aku. Mudah hadam. Tapi CGI depa faham2 la level mana.

5 . Banyak jenaka sinis yang diterapkan dalam ni. Lebih kurang filem Doctors sebelum ni yang aku pernah review.

Aku bagi rating 9/10

Tajuk: RAW / BEAST
Bahasa: Tamil
Tahun: 2022
Platform: Netflix

SumberIffat Salleh

PanggungWayang