Search
Search
Murder Mystery – 2019

Murder Mystery – 2019

Diundang ke satu majlis penyerahan wasiat billionaire atas cruise, tiba2 mereka berdua jadi suspek pembunuhan.

Nick & Audrey pergi honeymoon di Monaco selepas 15 tahun berkahwin.

Dalam perjalanan, mereka diundang menyertai majlis penyerahan wasiat di atas kapal cruise.

Dalam majlis tersebut, billionaire Malcolm Quince turut menjemput beberapa orang lain yang terdekat dengan dirinya

Maharaja vikram, partner bisnesnya
Colonel ulenga, bekas tentera
Grace ballard, seorang artis
Suzi nakamura, tunangnya
Tobey, anak lelakinya
Charles, anak buahnya
Juan carlos, pemandu f1 pasukannya

Namun majlis itu tidak berlaku seperti yang semua orang inginkan. Malcolm menyerahkan semua hartanya kepada bakal isterinya, Suzi.

Sebelum Malcolm sempat menandatangani surat wasiat, dia telah dibunuh.

Semua yang ada di dalam majlis tersebut telah menjadi suspek pembunuhan termasuk Nick & Audrey.

Nick Spitz ialah seorang anggota polis, jadi dia mula menyiasat kes bersama isterinya, Audrey, seorang tukang gunting rambut.

Penyiasatan bermula & kematian demi kematian berlaku. Setiap suspek yang disyaki oleh Nick & Audrey akhirnya dibunuh.

Kalau semua mati, siapa yang bunuh?

Korang tengok la sendiri untuk tahu siapa pembunuh sebenar. Filem penyiasatan komedi ni memang berbaloi untuk dilayan. Plot twist dia pun kaw2

Jenaka bersahaja yang boleh buat korang gelak sakan Jalan cerita pun sangat menarik. Bagi aku, puas hati tengok.

Tajuk: Murder Mystery
Tahun: 2019
Platform: Netflix
Bahasa: Inggeris

SumberIffat Salleh

PanggungWayang