Search
Search
Haseen Dillruba – 2021

Haseen Dillruba – 2021

Dia nak buat cerita romantik cintan cintun dicampur dengan Thriller & Mystery, maka jadi la filem ni.

Ni pun satu lagi filem Hindi yang mindblowing dengan plot twist yang aku tak boleh jangka.

Filem ni bermula dengan satu letupan di rumah Rishu. Letupan ni membuatkan Rani (isteri Rishu) disoal siasat sebagai suspek utama pembunuhan.

Namun semua soalan yang ditanya oleh inspektor berjaya dijawab oleh Rani tanpa sebarang keraguan.

Mereka dera, mereka pukul, mereka guna pelbagai alat untuk membuktikan Rani sebagai pembunuh suaminya, tetap usaha mereka gagal.

Ketika siasatan berjalan, Rani menceritakan bagaimana dia dikahwinkan dengan Rishu dan apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka sehingga berlaku letupan.

Aku tak boleh cerita lebih, nanti jadi spoiler.

Aku cuma boleh beritahu filem ni berbaloi untuk ditonton hujung minggu ni.

✅️ Lakonan mantap

✅️ Jalan cerita power

✅️ Plot twist gila

Semua padu.

Dan…

Jangan tutup awal, plot twist sebenar ada selepas kredit (post-credit).

Tajuk: Haseen Dillruba
Bahasa: Hindi
Tahun: 2021
Platform: Netflix

SumberIffat Salleh

PanggungWayang