Search
Search
Don -2022

Don -2022

Siapa kata budak bermasalah tak boleh mengubah dunia?

Filem Don membawa isu pelajar bermasalah bernama Chakaravarthi yang tiada cita-cita & impian. Dibesarkan oleh ayah yang ‘jahat’ menyebabkan dia tak mempunyai hala tuju.

Akhirnya dia dipaksa untuk menjadi engineer dan masuk ke BEC (Best engineering college).

Namun BEC bukanlah seperti yang disangka. Guru disiplinnya Boominathan merupakan seorang pensyarah yang kejam dan terlalu berpegang kepada undang-undang.

Chakaravarthi kemudiannya melakukan pelbagai kegiatan nakal untuk memastikan BEC berada di bawah pengaruhnya.

Di kolej, dia ialah raja. Dia buli pensyarah dan menjadi ketua pelajar.

Tapi di rumah, dia masih takut pada ayahnya yang garang.

Konflik personaliti ni menyebabkan dia belum ada cita2 sehinggalah bekas kekasihnya masuk ke kolej yang sama.

Chakaravarthi mula mencari impiannya sebagai seorang pengarah filem namun ditentang oleh keluarganya.

Rilek je, dia buat rakaman tentang isu pelajar engineering di BEC & kekejaman Boominathan. Kelakar beb babak ni.

Namun, bila masuk 20 minit terakhir, korang akan bergenang air mata apabila banyak nilai murni diterapkan dalam filem ni.

Plot twist berganda2 diberi beb, gila letih nak melayan. Mujur air mata tak jatuh hahaha

Korang layan la sendiri, memang best filem ni.

Dan, jalan cerita ni ditulis oleh chakaravarthi. Ya, ini kisah hidupnya sendiri.

Padu beb. Malaysia tak ada filem macam ni. Hahaha

Tajuk: DON
Tahun: 2022
Platform: netflix
Bahasa: hindi, telugu

Sumber: Iffat Salleh

PanggungWayang