Search
Search
Irul – 2021

Irul – 2021

Guys, filem ni best. Siri misteri yang akan buat korang tergamam di akhir cerita.

Pelakon filem ni 3 orang je, tapi jalan cerita memang osem, plot twist kaw2 punya.

Filem ni mengisahkan Alex, seorang penulis novel ingin membuat kejutan kepada kekasihnya Archana, seorang peguam.

Ketika dalam perjalanan, kereta yang dinaiki rosak dan memaksa mereka berteduh di sebuah rumah.

Owner rumah menjemput mereka masuk selepas berkali-kali dipanggil oleh Alex.

Ketika berbual-bual di dalam rumah, Unni (pemilik rumah) bertanyakan mengenai novel pembunuhan yang ditulis oleh Alex

Soalan demi soalan ditanya sehingga mereka merasakan bahawa Alex adalah seorang pembunuh bersiri yang menulis mengenai kisahnya sendiri membalas dendam terhadap wanita.

“Untuk menulis sebuah novel pembunuhan, penulis perlu ada pengalaman membunuh untuk jadikannya real”, kata Unni.

==

Tiba2, elektrik terputus dan mereka berada dalam kegelapan. Unni dan Alex pergi mencari suis utama untuk hidupkan semula elektrik.

Ketika dua lelaki ini pergi mencari suis, Archana terdengar 2 das tembakan. Archana bergegas mencari Alex di bilik bawah tanah.

Namun Archana terkejut apabila Alex keluar dari bilik sambil mengheret Unni yang telah pengsan.

Bila ditanya apa yang berlaku, Alex menjawab

“Dia ialah pembunuh sebenar yang ditulis dalam novel. Di bilik bawah tanah ada seorang mayat wanita yang telah dibunuh”

Apabila Archana mahu menelefon polis, Alex tidak membenarkannya.

Why?

Sebab itu ialah rumah Alex sendiri!

Archana makin terkejut dan keliru. Dia tak tahu siapa sebenarnya pembunuh dalam rumah tu. Alex atau Unni.

Plot twist inci demi inci. Semuanya disusun dengan baik oleh penulis skrip & pengarah filem ni.

Serius, sampai ke minit terakhir baru korang akan tahu siapa pembunuh sebenar.

Korang tengok la sendiri nanti.

Apa pun, filem ni memang mindblowing gila.

Tajuk: IRUL
Tahun: 2021
Bahasa: Malayalam
Genre: Thriller Mystery
Platform: Netflix

Ps: Jangan salah tengok, ada banyak filem tajuk irul ni di netflix.

SumberIffat Salleh

PanggungWayang