Dokumentari Netflix
Our Father yang ditayangkan kini.
Kisah benar berkaitan seorang doktor bernama Donald Cline menggunakan sampel sperma dia untuk dimasukkan ke dalam rahim pesakitnya yang terdesak ingin memiliki cahaya mata. Doktor ini mendakwa sampel adalah hasil derma dari pelajar perubatan tetapi ia tidak benar kerana sampel adalah dari doktor ini. Pesakit ingatkan sampel adalah hasil derma dari pelajar perubatan tetapi bukan sebenarnya.
Mujurlah seorang wanita hasil dari ujian ini telah bangkit membongkar perbuatan doktor ini dan dia mencari adik beradik dia kawasan komuniti tersebut. Padanan DNA antara Don Cline dan mangsa-mangsa yang lain adalah 99.9997%.
Setakat ini telah jumpa 94 adik beradik dan jumlah ini makin bertambah.
Satu tindakan yang menjijikkan..
Penulis: Rizuan Karim
Sumber: Facebook Group Movie Lovers Malaysia