Search
Search
Raman Raghav – 2016

Raman Raghav – 2016

Filem ni ialah sekuel kreatif yang diadaptasi dari kisah benar kes pembunuhan bersiri sekitar tahun 60-an.

Fakta Raman Raghav, pembunuh bersiri paling kejam di India:

1. Dikatakan telah membunuh lebih 41 orang di kawasan penempatan orang miskin di India dalam masa 3 tahun

2. Mangsanya dibunuh menggunakan besi yang dihentak untuk menghancurkan wajah & kepala

3. Kebanyakan mangsa ialah orang miskin & homeless

4. Pembunuhan dibuat secara rawak di kawasan terpencil dan padat

5. Situasi panik yang dihasilkan oleh Raman Raghav memaksa 2000 polis terpaksa bertugas setiap masa untuk memantau keadaan harian

6. Raman Raghav dilabel sebagai Jack The Ripper India

7. Raman Raghav menyatakan bahawa dia membunuh selepas menerima arahan daripada tuhan.

8. Raman Raghav dikenakan hukuman penjara seumur hidup apabila disahkan menghidap masalah mental yang serius.

Filem tentang Raman Raghav telah dikeluarkan sebanyak 3 kali. Yang terbaru ialah Raman Raghav 2.0 yang telah digubah lebih moden.

Filem ni bukan sekadar tentang pembunuhan kejam, tapi ada plot twist tentang kemunculan semula Raman Raghav dalam dunia moden.

Cerita ni agak disturbing & seksual. So kalau jenis tak layan genre macam ni, maka jangan la tengok ye. Aku pun banyak skip 🤟

Tajuk: Raman Raghav
Tahun: 2016
Platform: Netflix
Bahasa: Hindi

SumberIffat Salleh

PanggungWayang