Dari kes pembunuhan langgar lari akhirnya menjadi penyelesaian kes pemerdagangan dadah terbesar.
Thomas ialah seorang polis corrupt. Pada hari kematian ibunya, dia dipanggil ke balai untuk siasatan kes rasuah.
Dalam perjalanan, Thomas terlanggar seorang lelaki yang terus mati di tempat kejadian.
Disebabkan kelam kabut dengan siasatan isu rasuah, dia sembunyikan mayat ke dalam boot keretanya.
Dah sembunyi, kena tahan roadblock pulak. Polis nak buka boot belakang disebabkan sikap pelik yang ditunjukkan oleh Thomas.
Namun Thomas berjaya melepaskan diri dari sekatan tersebut selepas mereka membuat pemeriksaan ID polis.
Pasukan Thomas yang disiasat di balai berjaya menyembunyikan wang rasuah milik Thomas. Isu tersebut selesai dan dia bergegas kembali ke rumah mayat.
Rakannya memberitahu bahawasa penyiasat akan pergi ke rumah mayat & membuat pemeriksaan kenderaan.
Disebabkan takut kantoi dengan mayat yang ada dalam keretanya, Thomas buat plan untuk sembunyikan mayat lelaki itu dalam keranda ibunya.
Selepas berjaya menyembunyikan mayat, Thomas memantau setiap siasatan kemalangan tersebut.
Rupa-rupanya lelaki yang dilanggar itu ialah penjenayah dadah yang paling dikehendaki polis, Manuel. Namun Thomas masih sembunyikan rahsia tersebut dari pengetahuan pasukannya.
Tiba-tiba dia menerima panggilan dari saksi kejadian tersebut. Pemanggil misteri tersebut mula mengugut Thomas supaya mengembalikan mayat lelaki yang disembunyikan.
Lelaki misteri tersebut ialah Kapten Mirelli, seorang polis bahagian Narkotik.
Apa kaitan kapten mirelli dengan Manuel?
Siasatan demi siasatan dibuat akhirnya berjaya membongkar satu kartel dadah terbesar di kawasannya.
Apa berlaku?
Siapa penjahat sebenar?
Plot twist kaw juga filem dari perancis ni.
Boleh layan. Recommended.
Tajuk: Restless
Bahasa: France
Platform: Netflix
Sumber: Iffat Salleh