Search
Search
Special 26 – 2013

Special 26 – 2013

Sekali tengok poster, macam tak best. Macam boring kan?

Tapi, filem ni best gila weeeeyy. Aku jarang la buat review filem yang tak best. hahaha

Filem ni gabungan money heist + scammer LHDN di malaysia, tapi yang ni lagi real. Buat rampasan black money dalam masa 30 minit je.

Plot twist kaw2 beb sampai ke hujung filem. Jalan cerita padu namatey. Korang wajib tengok ni.

Aku tak boleh nak cerita dari awal, sebab kalau aku cerita dari awal nanti akan jadi spoiler.

So aku ambil dari tengah sket.

Ajju dengan 3 orang kawan merupakan pasukan con artist yang menyamar sebagai badan kerajaan untuk membuat rampasan harta . Sasaran mereka ialah menteri yang corrupt dan peniaga yang mengambil rasuah.

Selepas kantoi dalam satu rampasan, anggota CBI Waseem Khan ditugaskan untuk memburu dan menangkap geng con artist ni. Polis buat siasatan rapi & plan untuk menangkap dalam projek terakhir geng Ajju.

Plot rampasan terakhir mensasarkan kedai emas di Bombay. Waseem dan anggotanya membuat perancangan rapi untuk menangkap Ajju & rakannya dalam rompakan terbesar tu.

Ajju pula membuat rekrut baru dengan menyamar sebagai CBI. Ajju berjaya mendapatkan 26 orang CBI baru dan menamakan mereka sebagai Special 26.

Namun Waseem juga berjaya menempatkan 2 anggotanya di dalam pasukan Special 26 tu. Dalam serbuan yang akan dibuat di kedai emas pada jam 3 petang, Waseem sudah bersedia di depan kedai untuk buat tangkapan

Tetapi hanya pasukan special 26 yang datang dengan bas, pasukan ajju yang lain semua hilang.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Plot twist demi plot twist berlaku dalam filem ni. Memang kaw2 punya dia bagi.

Korang akan tertanya-tanya soalan ni

“kenapa nama filem ni special 26?”

Haaa, jawapannya ada di babak terakhir filem ni. Masa tu pun korang akan gelak lepas rasa tertipu dari awal filem ni dimainkan.

Serius, memang best.

Korang kena tengok.

Tajuk: Special 26
Platform : netflix
Tahun: 2013 (ya, cerita lama tapi best)
Bahasa: Hindi

Ps: Kalau dah tengok, sila share filem ni supaya orang lain boleh layan sama2.

SumberIffat Salleh

PanggungWayang