Search
Search
The Adam Project – 2022

The Adam Project – 2022

Adam dari tahun 2050, pergi jumpa Adam tahun 2022 untuk jumpa ayah mereka pada tahun 2018.

Cerita multiverse ni dah boleh agak jalan ceritanya, tapi intipati filem ni masih kuat dan boleh dilayan seisi keluarga.

Adam 2050 melarikan diri dan melompat ke tahun 2022 untuk mencari isterinya yang turut melompat ke tahun 2018

Laura merupakan pakar prosedur time travel, tetapi dikatakan telah mati dalam satu lompatan masa ke tahun 2018.

Adam meragui berita tersebut dan mula mencari isterinya. Namun masalah timbul apabila dia bertemu dirinya yang berusia 12 tahun.

Perbalahan mula berlaku antara mereka disebabkan Adam 2050 kesian dengan hidup Adam 2022.

Apabila dibincangkan mengenai kematian ayah mereka pada tahun 2020, rupanya suspek yang membunuh ayah mereka ialah Maya Sorian, seorang investor untuk projek ayah mereka untuk mencipta time travel

Selepas berjaya mencipta time travel, ayah mereka dibunuh

Jadi mereka kembali ke tahun 2018 untuk mengubah keadaan. Mereka mahu musnahkan mesin electromagnetik yang dicipta untuk time travel dan mengubah masa depan.

Mereka akhirnya berjumpa dengan ayah mereka, Louis Reed dan memberitahu mengenai rancangan mereka namun ditolak dan dihalang kerana mereka tidak boleh mengubah masa.

Idea mereka ditentang

hebat oleh Louis Reed, tetapi untuk memastikan kedua-dua anaknya mempunyai masa depan yang

hebat, mereka bergabung dan memusnahkan mesin time travel.

Maya sorian tahu mengenai plan mereka. Dia juga travel ke tahun 2018 dan mula menghalang misi pemusnahan tersebut.

So Maya 2050 pun berjumpa Maya 2018 untuk memastikan misi tersebut gagal.

==

Cerita macam ni agak klise, tapi mujur cerita ni tak bosan. Jalan cerita yang nice, watak yang nice, plot twist pun ada sikit2.

Overall boleh layan.

Aku kalau ada ryan reynold ni memang aku akan tengok sebab dia juga memilih story yang power saja untuk dia berlakon.

Btw, filem ni macam filem marvel plak sebab deadpool bergabung dengan hulk & gamora (guardian of the galaxy).

Kah3.

Apa pun, layannn.
Filem: The Adam Project
Tahun: 2022
Platform: Netflix

SumberIffat Salleh

PanggungWayang