Search
Search
The Batman – 2022

The Batman – 2022

REVIEW THE BATMAN (2022) – SPOILER FREE

Aku bawak bini malam tadi tengok cerita ni. Saja aku nak tengok reaksi seorang yang bukan peminat Batman bila tengok. 3 jam dia di kerusi, elok je. Tak tersengguk-sengguk, tak mengantuk, dan tak boring. Dia boleh tengok elok saja walaupun pace cerita ni slow. Dia bukan kaki superhero movie pun. Kaki K-Drama dengan K-Pop je.

Jadi, kalau kau bukan peminat Batman sekalipun, kau akan beri reaksi yang sama. Mungkin sebab jalan cerita dia yang menggunakan elemen “curiousity”. Orang yang tengok tu nak tahu siapa The Riddler tu dan apa motif dia. Kekuatan filem ni di situ. Bolehlah ditonton untuk casual audience.

Lagipun jalan cerita dia linear. Straightforward. Takde nak flashback ke apa. Follow the straight line je. Senang untuk difahami. Flashback mak ayah Bruce Wayne mati kena tembak di Crime Alley pun takdak dah. Start je cerita, Bruce dah 2 tahun dah jadi Batman.

*****

Pasal Robert Pattison jadi Batman, ternyata dia okey untuk jadi Bruce Wayne sebab screentime Bruce Wayne dalam filem ni sangatlah sikit. Aku kira, ada 7 kali saja screentime Bruce Wayne. Selebihnya dia jadi Batman. 3 jam tu penuh dengan Batman saja.

Matt Reeves iaitu pengarah filem ni lebih fokus kepada Batman berbanding Bruce Wayne. Tak sama macam direction Cristopher Nolan yang timbulkan persoalan “individu yang menentang kejahatan itu Batman atau Bruce Wayne”.

Aku suka direction cerita ni yang tunjukkan bagaimana orang jahat (extremist) boleh mendapat sokongan orang awam. Ini reflect dengan kehidupan sebenar apabila kita boleh tengok kumpulan-kumpulan extreme seperti Ku Klux Klan, ISIS, waima Taliban boleh mendapat sokongan ramai.

Cara Riddler menentang korupsi itu extreme. Batman membuktikan bahawa dia tak perlu jadi extreme begitu untuk menentang korupsi. Boleh nampak betapa kecewanya Riddler bila Batman berjaya melawan korupsi tanpa menjadi extreme.

Tapi, deep down, aku sedikit sebanyak bersetuju dengan Riddler. Nak lawan korupsi ni, takdenya boleh lawan pakai saluran yang betul. The whole system have been compromized. The whole system dah kena control dengan orang jahat.

Ini macam kau tengok anggota pertubuhan anti rasuah makan rasuah. Lepas tu kau buat report polis. Tetiba anggota pertubuhan anti rasuah tu tak kena apa pun. Kau tak puas hati, kau buat laporan direct dekat pendakwaraya. Turn out pendakwaraya pun korup duk lindung anggota yang korup tu. Jadi apa penyelesaiannya? Terpaksalah pilih nak buat macam Batman atau macam The Riddler. Dalam situasi kita hari ni, aku percaya akan muncul seseorang yang macam The Riddler sebab dah fedup dengan situasi politik dan ekonomi negara.

Batman dengan The Riddler ni pula bukannya bersih. Mereka sendiri pun ada dark side. Batman dengan sejarah keluarga. The Riddler dengan kaedah dia. Dedua tak bersih tapi fikir mereka bersih.

Bab falsafah ni aku akan tulis sebulan lagi lepas semua orang dah tengok sebab nak kena kaitkan dengan jalan cerita. Review awal ni mana boleh kasi spoiler lagi.

*****

Part gaduh-gaduh biasa saja. Cuma aku lebih suka part gaduh dalam filem ni sebab kamera tak goyang macam The Dark Knight atau Batman vs Superman. Steady je kamera. Boleh nampak tumbukan Batman tu memang real punya tumbuk. Gadget tak banyak. Kiranya ini versi brawler Batman. Pakai muscle car dan touring bike saja.

Cerita ni gelap. Jimat lampu. Sesuai lah dengan vibe Gotham City yang diinspirasikan dari bandar Chicago dan London.

Pelakon watak-watak lain pun sesuai. Andy Serkis (Gollum, King Kong, Klaw) sesuai jadi Alfred. Joe Torturro (Transformers trilogy) pun sesuai jadi Falcone. Aku paling suka watak Penguin tu. Ruthless. Aku harap sequel nanti dia masih ada. Pelakon Catwoman dan Jim Gordon tu juga sesuai walaupun macam pelik sikit tengok Jim kulit hitam.

Okey waktu babak kejar mengejar dengan Penguin nanti, kau cuba fokus dekat sound. Sedap betul. Bunyi surround tu top notch. Kiri kanan kiri kanan. Lepas tu bunyi kat belakang. Tetiba bunyi naik atas. Powerrrr. Terasa nak beli sound bar Dolby tu lepas keluar dari panggung.

*****

Dalam memberi rating filem superhero, aku biasanya letak 3 kriteria. Karakter superhero, kuasa superhero, dan impak superhero itu kepada masyarakat. Dalam filem ni, Batman tunjukkan ketiga-tiga kriteria tu.

Kalau seseorang superhero tu boleh membuat masyarakat berubah menjadi lebih baik, lebih kuat, dan boleh berdikari, superhero tu dah boleh pencen. Itu la yang setiap superhero nak dan itulah yang Batman fokus. Dia nak masyarakat Gotham City boleh berdiri sendiri tanpa dia.

*****

Biasanya orang akan bandingkan filem ni dengan Dark Knight Trilogy. Aku suka Dark Knight Trilogy. Tapi bila keluar filem ni, aku jadi lebih suka dengan filem ni pulak sebab filem ni fokus dekat Batman. Bukan fokus dekat Bruce Wayne, bukan fokus dekat Joker, Ras Al Ghul, atau Bane. Ini pure Batman experience.

Aku bukan nak cakap filem ni better than Dark Knight Trilogy. Tapi Dark Knight Trilogy dah tunjukkan cara macam mana nak buat filem Batman. Pengarah terkemudian hanya perlu ikut formula. Nampaknya Matt Reeves berjaya ikut formula tu. Sama macam filem Joker. Ikut saja formula yang Nolan buat. Hasilnya memang akan cemerlang.

Ada teaser untuk villain dalam sequel nanti. Terang-terang kot teaser tu. Tengok je dah tau dah siapa jadi next villain.

******

Verdict

Long story short, filem ni bukanlah definitive Batman tapi direction baru yang tunjukkan sisi Batman sebagai detective. Filem-filem Batman sebelum ni tunjukkan Batman sebagai superhero yang terer bergaduh, ada gadget power-power, dan survival skill yang unstoppable. Dalam filem ni pulak kita tengok kebijaksanaan Batman dalam menyelesaikan dan menyiasat kes.

Batman ni banyak gelaran. The Caped Crusader, The Dark Knight, dan Gotham Knight. Semua tu kita pernah tengok dalam filem-filem sebelum ini. Kali ni kita tengok pula apa yang jadikan Batman digelar sebagai The World’s Greatest Detective. Lagipun komik Batman yang pertama namanya Detective Comic. Memang patut pun filem ni wujud.

Aku cuma harapkan sequel nanti, Warner Bros utilize kaedah yang sama dan taruk villain lain pulak yang kurang dikenali di layar perak macam Court of Owl, Hugo Strange, atau Mad Hatter. Diorang tu sesuai dengan karakter Batman yang ini.

******

Markah : 9.999999 / 10

Pro : Ini Batman movie. Screentime Batman yang sangat banyak.

Cons : Batman naik motor tak pakai helmet. Ini tak selamat.

Penulis: Mohd Zailee
Sumber: Facebook

PanggungWayang