Search
Search
The Weekend Away – 2021

The Weekend Away – 2021

Guys, filem ni ada plot twist yang super duper twist.

Kate & Beth, 2 rakan baik merancang percutian bersama di Croatia.

Pada hari pertama, mereka pergi ke kelab malam & bersuka ria bersama 2 lelaki muda sehingga lewat malam.

Selepas Beth bangun dari tidur, dia mendapati Kate telah hilang. Petunjuk pertama yang Beth nampak ialah ada cawan yang pecah & sedikit darah di atas lantai.

Risau dengan situasi rakannya, Beth pergi membuat laporan polis tetapi polis enggan memberi kerjasama.

Beth cuba pelbagai cara untuk mencari petunjuk ke mana pergi rakan baiknya yang menghilang dalam satu malam.

Kemudian polis telah menjumpai mayat Kate di dalam empangan dan disahkan mati lemas dengan kesan pukulan di kepala.

Siapa yang bunuh kate?

Macam mana boleh ada di empangan?

Beth siasat sampai ke lubang cacing beb. Sampai ke minit terakhir dia punya plot twist.

==

Ada beberapa watak yang memberikan jalan cerita filem ini sangat padu

Zain – seorang pemandu teksi warganegara Syria yang dikatakan berkomplot dengan geng pemerdagangan manusia

Sebastian – owner homestay yang mengintip semua penghuni homestay dengan cctv tersembunyi di dalam bilik

Mateo & Luka – 2 orang pemuda yang diupah untuk melayani kate & Beth

Jay – bekas suami Kate yang disyaki mempunyai motif kuat untuk membunuh

Rob- suami Beth yang juga bekas kekasih kate di universiti

Pavic- pegawai polis yang mempunyai rekod buruk ketika menguruskan isu pelacuran. Dikatakan menjadi orang terakhir bersama Kate sebelum dibunuh

Semua watak2 dalam filem ni personaliti yang sukar dijangka. Ada yang nampak baik tapi jahat, nampak jahat tapi baik.

Plot twist filem ni berterusan dari pertengahan filem sehingga ke minit terakhir.

Recommended!

Tajuk: The weekend away
Tahun: 2021
Platform: Netflix
Bahasa: English

Ps: pelakon filem ni sorang pun aku tak kenal. Risau juga nak tengok, takut tak seronok. Tapi, filem ni memey paduuuu

SumberIffat Salleh

PanggungWayang